mattzzx Publish time 29-4-2024 09:59 AM

Nenek 44 cucu dan 15 cicit bertemu jodoh

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/obj51380594_1714289655.jpg
YUSOF (kiri) dan Rohani pada majlis perkahwinan di Dewan Serbaguna Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam, Cheras. STR/ AZIAH AZMEE

Kuala Lumpur: Siapa sangka selepas kehilangan suami tersayang sejak 42 tahun lalu, pintu hati Rohani Mohd Kassim, terbuka semula untuk bergelar isteri.

Walaupun usianya kini sudah mencecah 78 tahun, Rohani yang memiliki lapan anak, 44 cucu dan 15 cicit itu tidak menolak ketentuan akan bertemu jodoh.

Selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz, Rohani berkata dia bertemu dengan suaminya, Yusof Embi, 77, selepas diperkenalkan oleh rakan-rakan.

Berkongsi kisah itu, Rohani berkata selepas mendapat persetujuan daripada keluarga terutama anak-anak, dia menerima pinangan selepas dirisik pada hari pertama Ramadan tahun ini (12 April lalu).


"Saya menjadi balu selama 42 tahun dan anak-anak sudah ada kehidupan masing-masing.

"Kini Allah SWT bukakan pintu hati saya untuk menerima pasangan hidup semula dan saya memang ingin mencari orang yang boleh menjadi imam dan peneman ketika beribadah," kata suri rumah itu.

Menurut Rohani, jodohnya diatur oleh rakan-rakan dan selepas berjumpa serta berkenalan lebih kurang seminggu, dia datang merisik.

"Hari ini, Alhamdulillah kami selamat bergelar suami isteri dan paling penting hubungan ini mendapat restu daripada kedua-dua keluarga, malah anak, menantu dan cucu menyokong niat murni ini.

"Sudah pasti saya gembira semuanya dipermudahkan dan harapan saya hubungan ini akan kekal hingga ke Jannah," katanya kepada Harian Metro yang ditemui di sini, hari ini.


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/obj51380591_1714289658.jpg
Yusof dan Rohani bergambar bersama sebahagian ahli keluarga yang hadir di Dewan Serbaguna Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam, Cheras. FOTO Aziah Azmee

Rohani berharap, dia dan suaminya diberi kebahagiaan serta dipanjangkan jodoh sehingga akhir hayat mereka.

Katanya, dia merancang untuk menetap di rumah suaminya di Puchong.

Sementara itu, Yusof berkata, dia melahirkan rasa kesyukuran proses ijab kabul berjalan dengan lancar.

"Syukur sekali lafaz dan tak ada rasa gementar sewaktu majlis akad nikah, mungkin kerana sudah berusia.

"Saya kehilangan isteri pada 2021 dan Allah izinkan untuk bertemu jodoh semula, lagi pula anak-anak sibuk dengan tugas masing-masing.

"Pertama kali melihat gambar Rohani saya sudah tertarik dan kami berjumpa di kedai makan, malah saya rasa sangat serasi dengan dia.

"Rohani juga baik dari segi tutur bahasa serta gurau sendanya membuatkan saya terbuka hati memperisterikannya," kata pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu.

Majlis perkahwinan Rohani dan Yusof yang diadakan di majlis di Dewan Serbaguna Masjid Az-Zubair Ibnul Awwam, Cheras itu dirai dengan meriah oleh keluarga dan rakan terdekat termasuk diserikan dengan sesi marbahan dan bersanding.
https://www.hmetro.com.my/utama/2024/04/1084658/nenek-44-cucu-dan-15-cicit-bertemu-jodoh

Supersirap Publish time 29-4-2024 10:14 AM

Tahniah diucapkan
Pages: [1]
View full version: Nenek 44 cucu dan 15 cicit bertemu jodoh


ADVERTISEMENT