mattzzx Publish time 29-4-2024 09:50 AM

De Bruyne pecah rekod liga Inggeris

https://assets.bharian.com.my/images/articles/debbaygwughwd_1714352719.jpg
Perancang Manchester City, Kevin De Bruyne membuat dua umpanan gol ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Nottingham Forest di The City Ground, Nottingham. - Foto AFP

NOTTINGHAM: Kevin De Bruyne memecahkan satu lagi rekod bantuan gol selepas membantu kemenangan 2-0 Manchester City di Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Arkitek dari Belgium itu melakukan dua umpanan gol untuk Josko Gvardiol dan Erling Haaland, sekali gus membawa juara bertahan itu kepada hanya satu mata di belakang pendahulu, Arsenal yang bermain lebih satu perlawanan.

Gvardiol menanduk masuk sepakan sudut De Bruyne dalam aksi babak pertama dan perancang itu kemudian melorongkan bola untuk jaringan Haaland.

Haaland, yang baru pulih daripada kecederaan, memanfaatkan lorongan De Bruyne untuk menewaskan penjaga gol, Matz Sels.


Ia adalah kali ke-18 De Bruyne membantu lebih daripada satu gol dalam aksi di liga tertinggi itu, tertinggi dalam sejarah kejohanan.

De Bruyne, 32, meledak enam gol dan 16 umpanan gol dalam 21 penampilan untuk City dalam semua pertandingan musim ini, angka yang cukup mengagumkan walaupun kempennya dibelenggu kecederaan. - AGENSI

https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1240438/de-bruyne-pecah-rekod-liga-inggeris

Supersirap Publish time 29-4-2024 10:15 AM

Tahniah diucapkan kepada pasukan Man City
Pages: [1]
View full version: De Bruyne pecah rekod liga Inggeris


ADVERTISEMENT