mattzzx Publish time 29-4-2024 09:49 AM

Arteta laung amaran buat Man City

https://assets.bharian.com.my/images/articles/tetasglfajegh24d_1714351648.jpg
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta menegaskan, pasukannya akan berjuang habis-habisan untuk merebut gelaran Liga Perdana Inggeris. - Foto AGENSI

LONDON: Mikel Arteta melaungkan amaran kepada Manchester City yang Arsenal kendaliannya akan berjuang habis-habisan untuk merebut gelaran Liga Perdana Inggeris.

The Gunners terselamat daripada kebangkitan saat akhir Tottenham Hotspur untuk kemenangan 3-2 dan kekal di puncak liga dengan kelebihan satu mata ke atas Man City, yang bermain kurang satu perlawanan.

City kekal sebagai pasukan pilihan menjuarai liga musim ini, buat kali keempat berturut-turut, tetapi Arteta menegaskan, anak buahnya akan berjuang hingga ke saat akhir untuk menamatkan kemarau 20 tahun kejuaraan liga tertinggi Inggeris itu.

"100 peratus. Saya sudah melihatnya sepanjang musim. Mereka memberikan saya keyakinan setiap hari. Kami di landasan yang betul.


"Motivasi untuk apa yang bakal menanti sangat indah. Kami menjangkakan yang mereka akan memberikan segalanya.

"Saya sangat yakin dengan pemain-pemain. Mereka tidak memberikan saya sebab untuk rasa ragu-ragu.

"Ia bulan yang cukup sukar daripada segi emosi, tetapi pada Sabtu saya terpaksa menghentikan mereka ketika latihan kerana mereka mahukan lebih lagi. Ia petanda yang baik," kata Arteta.

Selepas tiga perlawanan tanpa kemenangan yang menyaksikan mereka tersingkir daripada Liga Juara-Juara dan menjejaskan peluang kejuaraan liga, Arsenal kini menang tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris berturut-turut.

Ditanya berkenaan rahsia kebangkitan mereka, Arteta berkata: "Pertama sekali, ia betapa anda mahukannya dan berapa banyak yang mereka mahukan.

"Jangan kecewa. Ia sebahagian daripada perjalanan. Apabila berada di tahap tertinggi, anda akan merasai kekecewaan.

"Di peringkat ini, jurangnya terlalu kecil dan ia tidak sentiasa berpihak kepada anda. Yang penting bagaimana anda bangkit daripadanya.

"Hadapi cabaran, rebut peluang. Saya rasa pasukan ini cukup berani dan bersemangat untuk merealisasikannya."

Arsenal mendahului menerusi jaringan sendiri Pierre-Emile Hojbjerg pada minit ke-15 sebelum terus selesa dengan jaringan Bukayo Saka dan Kai Havertz.

Namun Arsenal goyah apabila membenarkan Spurs mengurangkan defisit pada babak kedua khususnya selepas kegagalan penjaga gol, David Raya mengeluarkan bola, membolehkan Cristian Romero meledak gol pembukaan tuan rumah.

Tindakan Declan Rice mengasari Ben Davies mengundang padah apabila Spurs dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan Son Heung-min pada minit ke-87. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1240433/arteta-laung-amaran-buat-man-city
Pages: [1]
View full version: Arteta laung amaran buat Man City


ADVERTISEMENT