sfhzuraz Publish time 28-4-2024 06:49 PM

Pejabat simpan resit, notis kompaun MBKT terbakar

Pejabat simpan resit, notis kompaun MBKT terbakar


Oleh Zatul Iffah Zolkiply - April 28, 2024 @ 6:31pm zatuliffah@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/bakopejabat_1714300286.jpg
Sebuah pejabat MBKT di kawasan parkir berhampiran Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu terbakar tengah hari tadi. - Foto ihsan Bomba




KUALA TERENGGANU: Sebuah pejabat Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) yang terletak di kawasan parkir berhampiran Pasar Besar Kedai Payang di sini terbakar tengah hari tadi.

Kejadian jam 1 tengah hari itu menyebabkan pejabat yang menyimpan resit dan notis kompaun itu terbakar kira-kira 40 peratus dan pihak bomba tidak menolak kemungkinan kebakaran akibat perbuatan khianat.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar, berkata seramai 17 pegawai dan anggota bergegas ke lokasi kejadian selepasmenerima maklumat berhubung kejadian berkenaan jam 1.13 tengah hari.
Beliau berkata, api merebak dengan cepat memandangkan bilik berkenaan menempatkan salinan resit dan kompaun.
"Kita berjaya mengawal api daripada terus merebak dengan api berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira satu jam kemudian.
"Ketika kejadian, tiada mangsa di lokasi berkenaan memandangkan pejabat berkenaan yang berada di tingkat empat tidak lagi digunakan sejak Disember 2022," katanya.
Rozizah berkata, pihaknya menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu memandangkan pejabat berkenaan berkunci.
Katanya, jumlah kerugian serta punca kejadian masih dalam siasatan.
"Punca kejadian masih dalam siasatan, mungkin (berpunca) perbuatan khianat tetapi akan disahkan berdasarkan kesan-kesan kebakaran," katanya.
Pejabat simpan resit, notis kompaun MBKT terbakar (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Pejabat simpan resit, notis kompaun MBKT terbakar


ADVERTISEMENT