sfhzuraz Publish time 28-4-2024 11:15 AM

75 peratus kebakaran tapak pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan dipadam

75 peratus kebakaran tapak pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan dipadam


Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm28padamla_1714270338.jpg
Bomba sedang memadam kebakaran di kawasan tapak pelupusan sampah di Kampung Sungai Ikan. FOTO ZATUL IFFAH ZOLKIPLY




Kuala Nerus: Operasi memadam lebih 75 peratus kebakaran di tapak pelupusan sampah di Kampung Sungai Ikan di sini sedang giat dijalankan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu Hassan 'As'ari Omar berkata, kebakaran membabitkan lebih enam daripada lapan hektar kawasan pusat pelupusan sampah itu dikesan sejak kelmarin.
Menurutnya, Beliau berkata, siasatan awal mendapati kebakaran berpunca daripada keadaan cuaca yang panas selain sisa sampah yang menerima haba terlalu tinggi.
Katanya, pihaknya menjangkakan operasi itu akan mengambil masa disebabkan beberapa kekangan yang terpaksa dilalui termasuk sumber air yang agak jauh dari lokasi selain faktor timbunan sampah yang tebal dan cuaca panas.
"Ketika ini, kita giat memadam kebakaran tetapi ia mengambil sedikit masa sedikit disebabkan beberapa faktor seperti punca air yang agak jauh dari sini serta longgokan sampah ini agak tebal dan tinggi.
"Pada waktu siang pula, angin agak kencang dan api merebak dengan cepat," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Katanya, ketika ini 15 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerus dan BBP Kuala Terengganu bersama jentera dan lori tangki berkapasiti 20,000 liter air dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Pengguna jalan raya juga diingatkan supaya berhati-hati ketika melalui kawasan ini disebabkan jarak penglihatan yang terhad terutama pada waktu siang," katanya.


Disiarkan pada: April 28, 2024 @ 10:12am
75 peratus kebakaran tapak pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan dipadam (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: 75 peratus kebakaran tapak pelupusan sampah Kampung Sungai Ikan dipadam


ADVERTISEMENT