CARI-HBZ Publish time 27-4-2024 12:34 PM

Kenal Sarah, dia sangat baik dengan kami semua – Anna Jobling

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/27/123420pb56p2b96bo9den6.png



Dikaitkan sebagai teman rapat kekasih gelap Aliff Aziz, pelakon Anna Jobling mengaku menjadi kenalan Sarah Yasmine selepas bertemu di sebuah festival jualan di Singapura pada Disember tahun lalu.


Ujar Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 24, dia terbuka berkawan dengan sesiapa sahaja selain menyifatkan wanita terbabit sebagai wanita yang baik.


“Saya memang kenalan dia, kami berjumpa pertama dan terakhir dalam satu acara di Singapura sekitar Disember 2023.


“Dia datang ke gerai jualan saya selama tiga hari dan meluangkan masa bersama pasukan saya, dia sangat baik dengan kami semua.


“Peminat tahu saya macam mana, kalau orang itu tiada masalah dengan saya, saya terbuka berkawan, saya jenis ramah sahaja,” katanya kepada Kosmo! Online.


Mengenai kecaman dilemparkan netizen, ulas pelakon drama Melur Untuk Firdaus itu, perkara tersebut tidak menjadi hal kerana sudah biasa berhadapan situasi sedemikian.


“Saya tak terkejut sebab sudah biasa terpalit tempias isu yang tiada kena mengena dengan diri saya. Itu perkara normal,” ujarnya
ketika ditemui pada acara Gema Lebaran Anna Jobling, malam tadi.


Pada masa sama, Anna juga maklum dengan pendedahan Sarah berkaitan pelakon Ruhainies bersama Aliff Aziz dalam media sosial disebabkan komitmen kerja.


Katanya, kesibukan memenuhi jadual tugasan yang padat membuatkannya tiada masa untuk masuk campur berkenaan isu hangat membabitkan rakan artis.


“Mengenai pendedahan yang dilakukan Sarah, saya memang tak tahu langsung sebab kami tak pernah kongsi apa-apa hal peribadi selain tidak bertemunya selepas itu.


“Lagipun saya sibuk dengan kerja saya, jadi saya tiada masa nak masuk campur dengan isu yang hangat diperkatakan ramai.


“Tiada keperluan pun saya tanya pasal isu peribadi pada dia. Saya okey sahaja sebab kecaman tidak mengganggu kerja saya,” katanya.


Pada Isnin, Sarah mendedahkan dia sudah menjalin hubungan istimewa bersama pelakon Aliff Aziz sejak Januari tahun ini.


Kata Sarah, dia mendedahkan hubungan mereka selepas kasihan melihat Aliff teruk dikecam netizen akibat ditangkap berkhalwat bersama Ruhainies pada Mac lalu.


Pada masa sama, selepas itu tular foto wanita berusia 24 tahun itu dengan Anna didakwa mereka berkawan baik sehingga netizen kurang senang disebabkan Sarah mengaku kekasih kepada suami Bella Astillah.


Sumber – KOSMO! ONLINE

Temenung Publish time 27-4-2024 12:40 PM

Berani kata x kenal

Kang netizen buat overtime lg :lol:

Rogue98 Publish time 27-4-2024 12:44 PM

Memanglah baik sama2 gang sondol...

scarflicious Publish time 27-4-2024 12:53 PM

Pertama kali dan terakhir? Seriouslah. Bukan ko cerita hal personal dgn yasmin tu ke?

royaldanish Publish time 27-4-2024 01:08 PM

scarflicious replied at 27-4-2024 04:53 AM
Pertama kali dan terakhir? Seriouslah. Bukan ko cerita hal personal dgn yasmin tu ke?

x lama lg yasmin spill kalau dh marah haha

siti_shaqila Publish time 27-4-2024 01:17 PM

haaa baik2 jwb… berani sapa jwb x kenal atau yasmin tu fans sj… satg terkeluar lak gmbar chat.. hahahaha artis malaysia skrg tgh behave..

jalfa Publish time 27-4-2024 01:28 PM

Merqen pon iyakan kenal minah nih...hahah....semua shaking dgn minah ni

jihyomelly Publish time 27-4-2024 01:32 PM

minah ni jenis simpan all the receipt..yg penting keep all the receipt..nak pakai bila tak penting yg penting receipt

anilanil Publish time 27-4-2024 01:38 PM

Sarah takkan kutuk anna. Dia sayang anna kot. Tapi anna tak patut la spilled everything about merkin ke sarah. Dah merkin kena standby explaination video pulak nnt. Dah la baru nak buat marketing ngan anak noniswara tu. Dah tak nampak sweet dah, nampak sweet talker je

hanna88 Publish time 27-4-2024 01:59 PM

banyak betol sarah ni ada link dgn retis2
bahaya betol..jenis simpan bukti haha

Farnor Publish time 27-4-2024 02:00 PM

BBNU BBNU.. Umur macam ni semua pun settle mcm huru hara saja.. Baru kenal tiga hari..

virgocircus Publish time 27-4-2024 02:11 PM

Spesis Jeffree star... Sgala mala gossip retis dia terpaling ada receipts. Lol

timah03 Publish time 27-4-2024 02:34 PM

hanna88 replied at 27-4-2024 01:59 PM
banyak betol sarah ni ada link dgn retis2
bahaya betol..jenis simpan bukti haha

Ni Betul2 next level kalau di banding kan dgn si farah... Dgn ira...

MadameOnion Publish time 27-4-2024 02:50 PM

Tapi betul la anna ni kata if takdak masalah apa2..kawan je lah..unless mmg ada dark secret perlu takut kena tumpah teh satu tong dram

MissYouSayang Publish time 27-4-2024 02:51 PM

Minah singapork ni mmg attention seeker betul la...gilaa

she Publish time 27-4-2024 03:13 PM

Takut juga ye ada kawan cenggini

Dok gosip dalam group
Mengeluh pasal bos ke ape
Silap2 dia pergi cerita kat bos kita

Padahal borak2 aje pun
Yihhhhh

mamastoney Publish time 27-4-2024 03:19 PM

Minah kening segaris mata tkde kelopak ni duk cakap dia ‘dgn’ merqeen ada something last year, tk berani dia nak tulis ada affair sbb drp conversations dorg berdua tu pun xde apa2 special pun, just common messages between 2 friends je, tp cara dia mengaku dia ‘dengan’ merqeen tu mcm nak suruh netizen cakap dorg bercinta. Dia nak indirectly tell nets yg retis2 handsome ni nak try dia. Hahaha attention seeker much

hollahop Publish time 27-4-2024 04:59 PM

she replied at 27-4-2024 03:13 PM
Takut juga ye ada kawan cenggini

Dok gosip dalam group


Hahaha u ckp mcm ni i teringat pernah kena ngan kolik lama i dulu.

Dia yg start merempan pasal boss apa semua siap keluar makian. Pastu i pun mengiyakan satu benda yg dia ckp, ayat i simple ja “boss mmg gitu, kita yg timun ni kena mengalah la lagipun dia boss” esok nya i kena panggil ngan boss. Selaka betui. I xpuas hati i suruh boss panggil dia jugak sbb i tau dia yg report. I panggil beberapa org sbg saksi. Nagis dia dlm bilik boss lepas tu ramai banned dia xnak rapat. dia ckp i yg hasut. Tapi manusia mcm tu kita xyah hasut pun ramai xberani dekat.

Btw ramai jugak kenalan retis malaysia ye minah ni.

DukunSentet Publish time 27-4-2024 05:00 PM

she replied at 27-4-2024 03:13 PM
Takut juga ye ada kawan cenggini

Dok gosip dalam group


Aku penah kena tau member camnie..dia bukak topik kutuk boss ngan company so aku pon join la sekaki..sekali dia spill tea kat boss tau..so dipanggil masuk mengadap lah kan..aku gentle je ngaku..tak ada nak tarik dia sekali..so aku pon resign tahun tue 2018..

Now aku bersyukur dapat kerja lagi better dari tempat lama..boss pon sempoi..member pon best..tapi aku tak akan ulangi kesilapan lama aku lah..tetap berhati2..

Baidewei kawan aku yang hanat pedajai aku pon katanya angkat kaki jugak pas tak lama aku resign..sumber sahih katanya bergaduh dgn staff lain pulak..kira bertemu buku ngan ruas la..bukan jenis bodoh mcm.aku nie.. :lol:;P{:1_152:}

Addrianna Publish time 27-4-2024 05:34 PM

she replied at 27-4-2024 03:13 PM
Takut juga ye ada kawan cenggini

Dok gosip dalam group


Kan betul sangat chouls.memang ada je manusia macam ni semua benda dia simpan dulu tunggu orang tu buat silap sikit memang dia londehkan.ni spesis baik ada makna,talam dua muka,bukan baik sangat buat kawan pun
Pages: [1] 2 3
View full version: Kenal Sarah, dia sangat baik dengan kami semua – Anna Jobling


ADVERTISEMENT