sfhzuraz Publish time 27-4-2024 10:38 AM

Kerana wanita melintas, penunggang motosikal berkuasa tinggi maut

Edited by sfhzuraz at 27-4-2024 10:39 AM

Kerana wanita melintas, penunggang motosikal berkuasa tinggi maut


Amir Hamzah Nordin
am@hnetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0427rsajiq_1714184922.jpg
Seorang pemuzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) maut dalam kemalangan jalan raya di KM 98.6, Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) arah timur pada jam 4.45 petang semalam. FOTO Ihsan IPD Temerloh



Temerloh: Seorang pemuzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menunggang motosikal berkuasa tinggi maut dalam kemalangan di Kilometer (KM) 98.6 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur petang semalam.
Mangsa, Mohd Haziq Ramli, 34, yang menunggang Suzuki GSX-R1000 maut di tempat kejadian selepas motosikalnya merempuh belakang sebuah pikap yang berhenti secara mengejut, selepas pemandunya cuba mengelak seorang wanita melintas lebuh raya.
Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu dipercayai berpunca apabila seorang wanita berusia 35 tahun yang memandu sebuah jip berhenti di tepi jalan dan melintas dari sebelah kiri ke kanan jalan.
"Akibat perlakuan wanita itu, sebuah pikap membrek secara mengejut.
"Dalam masa sama datang sebuah motosikal dari arah belakang terus merempuh bahagian belakang pikup terbabit," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, penunggang motosikal itu terjatuh di lorong laju, manakala motosikalnya tercampak ke atas bahagian belakang pikap.
Katanya, satu tangkapan sudah dibuat terhadap wanita terbabit untuk siasatan lanjut.
"Kes siasat mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai," katanya.


Disiarkan pada: April 27, 2024 @ 10:28am
Kerana wanita melintas, penunggang motosikal berkuasa tinggi maut (hmetro.com.my)




dinosaurpink Publish time 27-4-2024 12:07 PM

Edited by dinosaurpink at 27-4-2024 12:09 PM

Kenapa xletak kat board isu semasa?
Puas cari berita ni

"Innalillahi wa inna ilaihi rojiā€™un. Semoga almarhum diterima di sisi Allah SWT, diterima semua amal baiknya dan diampuni segala dosanya. Amin."

Drummer ni pernah jadi drummer akademi fantasia,afmegastar,konsert2 istimewa lejen rtm tv1
Pages: [1]
View full version: Kerana wanita melintas, penunggang motosikal berkuasa tinggi maut


ADVERTISEMENT