CARI-HBZ Publish time 26-4-2024 10:52 PM

Badan anak penuh luka, bau hancing, pelakon pecat bibik biadab

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/26/225201iss8w6s9992um9ah.png





USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri terkilan apabila pembantu rumah atau bibik yang dilayan seperti keluarga sendiri bertindak mengabaikan anak bongsunya.


Lebih membuatkannya kesal apabila wanita yang dipanggil Bibik Elly itu turut mendoakan mereka sekeluarga cepat mati hanya kerana ditegur agar mengubah sikap.


“Saya tidak pernah mengesyaki apa-apa sebab dia baik di depan saya, bahkan tidak pernah tinggal solat Dhuha, namun semuanya terbongkar sebaik membaca mesejnya mengutuk kami.


Bila saya tanya dia menafikan, tapi bukti jelas kami terima mesej dikirimkan kepada kekasihnya yang memaki hamun kami termasuk mendoakan saya dan keluarga mati.


“Sebelum itu dia melayan anak bongsu saya dengan teruk apabila membiarkan anak kecil berusia dua tahun hancing dan bermain dengan air tandas,” katanya menerusi perkongsian dalam TikTok.


Pendedahan tersebut dibuat dalam siaran langsung sehingga meraih pelbagai respons netizen yang rata-rata mahu mengetahui tindakan selanjutnya.


Pelakon filem Penanggal itu berkata, selepas kelakuan tersebut terbongkar, segala kebenaran mengenai Bibik Elly didedahkan pula dua lagi pembantu rumah terutama kekasaran terhadap putera bongsunya.




Sebelum ini saya hairan anak saya berbau busuk setiap kali saya balik kerja, malah badannya juga penuh dengan luka tapi apabila ditanya dia bersumpah dengan nama Allah jaga anak dengan baik.


“Rupa-rupanya anak saya sudah beberapa kali jatuh dan dibiarkan sendirian tetapi pembantu lain tidak berani bersuara kerana dia lebih lama berkhidmat.


"Saya memang tidak pernah syak apa-apa sebab bila dia sebut Allah saya fikir takkan dia tergamak bermain dengan nama Allah,” ujarnya.


Wanita tersebut juga didapati leka bermain cinta dengan lelaki senegara dari Indonesia yang kononnya bekerja sebagai juruterbang.


Begitupun, Thalia masih boleh menahan sabar pembantu rumahnya berusia lewat 40-an itu mengabaikan tugas harian kerana mabuk asmara, namun berang anaknya diperlakukan dengan buruk.


Saya difahamkan dia bercinta dengan juruterbang dan berhabis duit kepada lelaki itu. Saya enggan masuk campur, cuma bila sampai tugas terabai dan anak jadi mangsa memang saya tidak boleh diam.


“Paling biadab apabila kita panggil bersemuka pun dia tidak menunjukkan sebarang penyesalan serta tiada langsung ucapan maaf yang keluar dari mulut,” katanya.


Susulan itu, suaminya, Datuk Shahriza Amir yang trauma berhadapan situasi tersebut menamatkan perkhidmatannya serta-merta.


Sumber– HIBGLAM

j3m4h Publish time 26-4-2024 11:42 PM

Mostly bibik yindon kat sini kalo pasal cinta mmg jd setan..kalo pinoy lak jenis kuat drama n rembat harta..bibik india pernah jmp mmg setia tp kaki pusing…letak la cctv kat umah tu monitor pakai fon yg siap boleh dgr suara..pastu fon bibik traceapps 360 live..

anarina Publish time 27-4-2024 08:10 AM

Ni la mak2 shallow ada anak jagalah sendiri. Len kali jgn beranak sng. Bg bibik jaga eii sekelumit akk tak cayer.

DeLuna85 Publish time 27-4-2024 08:22 AM

Jangan percaya 100% la org jaga anak kita. Bibik ni bekerja pun terpaksa. Nak kerja lain takda kemahiran takda pendidikan.

honeybee1802 Publish time 27-4-2024 08:30 AM

Boleh plak ngk anak hancing dibior aje...kalo iols dan2 jgk la dismiss si bibik tu..

shy79 Publish time 27-4-2024 11:22 AM

OT jap..
bila masa pulak kakak si madammu ni berlakon?

dua_chzy Publish time 27-4-2024 11:30 AM

Sebab tu kita wajar benci penunggang agama. Solat dhuha la, sumpah demi Allah la. Munafik!

I.K.A888990 Publish time 27-4-2024 12:06 PM

siapa je dia ni
ingatkan ayu raudah

caprut Publish time 27-4-2024 12:18 PM

dua_chzy replied at 27-4-2024 11:30 AM
Sebab tu kita wajar benci penunggang agama. Solat dhuha la, sumpah demi Allah la. Munafik!

Melayu b40 layan titok prcaya la bnda2 mcm ni

sfrnna Publish time 27-4-2024 12:43 PM

Ko serah anak 100% kat bibik ke, dah kena macam2 baru perasan? Patut 1st time kena dah patut buang.

Rogue98 Publish time 27-4-2024 12:46 PM

Sape ni? Masuk bod artis?

dagusengett Publish time 27-4-2024 02:16 PM

Pasang la cctv kat dlm rumah
Mana leh percaya org sgt esp yg baby2 ni bukannya depa boleh bagitahu apa2
Anak Dah besar hantar taska

me12345 Publish time 27-4-2024 02:25 PM

Artis indon ke....

edayildiz Publish time 27-4-2024 02:32 PM

hahahaha pwlakon tambahan je dulu:lol:
i kena hentam teruk sbb video dia nngis masa dmm..puiiii
bodoh...menangis mcm dah nk mati esk..
apa result dia aritu? ada kanser ke?
i kena hentam ngn follower bodoh dia sbb i ckp jgn nngis

ahhhhhhhh Publish time 27-4-2024 02:41 PM

Indon ni byk yg aku jumpa sanggup bersumpah x ngaku , wlpon die yg buat. Ada maid aku dulu kene sound dgn sorang makcik ni.. Die jumpa makcik tu konon smipati la apa la, die ckp die sekolah pondok. Makcik tu ckp kl awak sekolah pondok kenapa awak pakai seluar pendek x pki tudung.. Hahaha kau gelak kan je dlm ati. Ambik ko. Sbb sembang agama ke main lagi.. Tp praktikal nya pengotor, tak ada aurat..

naisyahmh Publish time 27-4-2024 09:39 PM

Bibik yindon pandai berlakon dpn ibukk..

_blackbird Publish time 28-4-2024 10:46 AM

lain kali pilih la bibik tempatan & min ada diploma pengurusan rumah atau perkembangan awal anak. dan jobscope kena jelas kalau ko hire dia utk jaga / urus anak, ko jgn la bebankan dia dengan kemas rumah, basuh baju, buat kerja dapur skali. kalau kaya sgt upah la 2 maid, 1 urus anak, 1 urus rumah.


aku percaya je rumah yg maid lari, buat hal ni mmg majikan soh maid kerja mcm lembu. kalau jobscope tu jelas dan teratur, gaji lak setimpal, maid langsung taknak berenti lagi2 indon

zuriey Publish time 28-4-2024 05:15 PM

Dia ni btl ada cancer ke

jalfa Publish time 28-4-2024 07:50 PM

Madammu pon ada masalah ngan bibik

green~tea Publish time 28-4-2024 07:53 PM

shy79 replied at 27-4-2024 11:22 AM
OT jap..
bila masa pulak kakak si madammu ni berlakon?

Patut la aku tengok rupa tu mcm madammu tp version terlebih montel..
Pages: [1] 2
View full version: Badan anak penuh luka, bau hancing, pelakon pecat bibik biadab


ADVERTISEMENT