CARI-HBZ Publish time 26-4-2024 10:45 PM

Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak Selepas Kekasih Gelapnya, Sarah Yasmine Ugut Mahu Tinggal Dan Putuskan Hubungan

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/26/224507n37ajhknrjr371ln.png



Pelakon Aliff Aziz dilanda air mata apabila wanita yang didakwa sebagai kekasih gelapnya, Sarah Yasmine, mengancam untuk meninggalkannya selepas satu pergaduhan baru-baru ini.


Dalam satu rakaman yang dikongsi oleh Sarah, situasi suami kepada Bella Astillah itu teresak-esak sambil merayu, menunjukkan betapa terkesan dan tergugatnya hatinya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/26/224526j04xz2re2wwweksb.png





“Adalah pergaduhan antara saya dengan dia. Saya kata nak tinggalkan dia. Bukan pertama kali pun, dah banyak kali benda macam ini jadi.


“Tapi perkara sama yang selalu berlaku, konon nak tinggalkan jadi begini (menangis dan merayu),” katanya pada temu bual dengan sebuah portal.


Meskipun Aliff menangis dan merayu, Sarah menjelaskan bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk mengakhiri hubungan mereka. Ancaman itu hanyalah sebagai amaran agar Aliff meninggalkan tabiat buruknya.


“Saya bukan mahu tinggalkan dia sebenarnya, itu cuma taktik. Saya nak dia buang perkara buruk. Itulah juga sebab dia menangis,” ujarnya.


Sarah menjadi sebutan ramai selepas mengaku sebagai kekasih gelap penyanyi Aliff Aziz, yang berani berbuat demikian kepada umum selepas melihat kekasihnya teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap khalwat dengan Ruhainies pada 8 Mac lalu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/26/224544iv5zrml31tb5uuo3.png





Lebih mengejutkan, wanita itu mendakwa Ruhainies menghasut Aliff demi menjatuhkan isteri sendiri iaitu Bella Astillah. Drama dan ketegangan dalam hubungan ini semakin mengukir nama mereka di kalangan peminat selebriti.


Sumber : Murai.my

Dolmat Publish time 26-4-2024 11:13 PM

Ni Betina Sarah Yasmine pun lagi satu punya Betina gampang takde maruah!

Sama lahhh jugak attention seeker..nak famous in the limelight.

Sama lah ni tiga ekor AA,R, SY kasi campak pat Amazon BIAR piranha makan kasi abis dlm 5 min! Buwek malu jer...

Si Cap dah duduk diam² dlm kain bini.. kalo tak campak dia sekali pat Amazon River!

{:gif_zzz:}
{:gif_laughing:}

gekkou Publish time 26-4-2024 11:41 PM

aneh ya
dia sangap betul dgn alip buaya ni
tapi dia ada anak2 kot
tak ke esok2 org buat anak perempuan dia mcm ni
or anak lelaki ni buat perangai macam alip ba ta

DukunSentet Publish time 26-4-2024 11:45 PM

Masalahnya rasa terpaling bini dari benar2 punya bini..

{:gif_borja:}

noor2 Publish time 26-4-2024 11:49 PM

Sarah tu ada bukti besar yg dia boleh reveal kat umum antara dia dgn AA aku yakin. Tu yg dia nk hp AA dan AA menangis bagi....Sarah tu nk bukti2 buruk perbuatan Ruhainispesaing dia....

matjerk Publish time 26-4-2024 11:58 PM

Nampaknya sarah nak dedah psl peah pulak..
Jeng jeng.. makin menarik drama ni..
Maybe she found something in alep's fon

sukacactus Publish time 26-4-2024 11:58 PM

Dia dah beralih ke koshka pulak
Get ready ye Pia!

matjerk Publish time 27-4-2024 12:01 AM

Jeng jeng

duricinta Publish time 27-4-2024 12:02 AM

Standby ot malam ni

duricinta Publish time 27-4-2024 12:02 AM

noor2 Publish time 27-4-2024 12:03 AM

matjerk replied at 27-4-2024 12:01 AM
Jeng jeng

Kehkeh....ni bunga2 intro ni....

matjerk Publish time 27-4-2024 12:08 AM

noor2 replied at 26-4-2024 04:03 PM
Kehkeh....ni bunga2 intro ni....

Nunis boleh tido awai ye malam ni.

matjerk Publish time 27-4-2024 12:11 AM

Apa lama sangat hang typing sarah wei.. aku dah la esok2 pagi nak kena prepare open haus

Hoola Publish time 27-4-2024 12:11 AM

woww mcm nk tunggu pngumuman lihat ank bulan

kak peah dh tdoq ke tewwww

lolipopmanish Publish time 27-4-2024 12:13 AM

Tak tenang peah malam ni

Peah tengah shaking ;P

spitsid Publish time 27-4-2024 12:18 AM

Kelakauu aku tgk bettyrahmad yg islamic tu pun follow ig dak sarah ni. Hahahhaha suka hot juicy news juga y betty.

matjerk Publish time 27-4-2024 12:39 AM

"I'll end in a bit yang"
Okayyy... more pls

noor2 Publish time 27-4-2024 12:44 AM

matjerk replied at 27-4-2024 12:39 AM
"I'll end in a bit yang"
Okayyy... more pls

Ini semua fitnah...peah tu suci...bella yg perasan memfitnah peah yg suci...

zidane2011 Publish time 27-4-2024 12:44 AM

Budak SY ni suka drop bomb tgh2 malam

annadonna Publish time 27-4-2024 12:53 AM

Habis semua ko korek ya sarah. Sophia pun ingat boleh tenang dah. Rupanyaaaaa
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak Selepas Kekasih Gelapnya, Sarah Yasmine Ugut Mahu Tinggal Dan Putuskan Hubungan


ADVERTISEMENT