CARI-HBZ Publish time 26-4-2024 10:28 PM

Dituduh Bercuti Berdua Dengan Muaz Zabir, Ini Penjelasan Pembantu Peribadi Bella Astillah

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/26/222726tqmmrgs6xyxgquuy.png



Pembantu peribadi Bella Astillah tampil menjelaskan dakwaan berhubung tiket penerbangan membabitkan aktres itu dengan Muaz Zabir.


Menerusi perkongsian di Instagram, Niel Rafeq menyifatkan Caprice mempunyai tujuan tidak baik susulan tindakannya menyebarkan foto, video dan tiket penerbangan membabitkan Bella dan Muaz.


"Ingin saya jelaskan tiket penerbangan yang dimaksudkan tu adalah ketika Bella berada di Jogjakarta dan Labuan (hanya 2 kali sahaja penerbangan yang melibatkan muat) atas tujuan kerja dan bukannya satu percutian seperti yang dicanang."


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/26/222815rl3fazczjhawgfhd.png



Dalam pada itu, Niel sempat berkongsi beberapa foto sebagai bukti bahawa terdapat individu lain yang turut ada bersama-sama Bella dan Muaz.


"Sepatutnya Caprice yang lantang dan sering ingin dilihat hero dalam banyak perkara yang berlaku di Malaysia ini seharusnya tidak terlepas pandang perkara kecil iaitu selidik dahulu fakta sebenar sebelum main sebar.


"Jangan hanya kerana ingin menyebelahi satu pihak, awak mengetepikan prinsip mudah ini yang pada akhirnya memburukkan reputasi orang lain."


Niel juga menegaskan bahawa isu yang membabitkan Bella dan Muaz sudah selesai secara baik sejak tahun lalu malah ianya turut diketahui oleh kedua-dua belah keluarga.


Sumber: Neil Rafeq/OhBulan

jargon Publish time 27-4-2024 10:17 AM

Yg ni si bellah yg book kan utk muaz gn lg sorg nama firdaus

zuriey Publish time 28-4-2024 05:19 PM

Haihhh kalau ko cpt2 cerai dgn alip dulu dah bahagia ko dgn muaz
Helokk pula tu si muaz ni
Huntong lahhh
Pages: [1]
View full version: Dituduh Bercuti Berdua Dengan Muaz Zabir, Ini Penjelasan Pembantu Peribadi Bella Astillah


ADVERTISEMENT