sfhzuraz Publish time 26-4-2024 07:20 PM

Stor seleweng minyak diesel kena serbu KPDN

Stor seleweng minyak diesel kena serbu KPDN

OlehNURUL HIDAYAH HAMID

26 April 2024 10:15am







https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/26/2627696.jpg
KPDN Kedah rampas 6,900 diesel bersubsidi di stor tidak bernombor di Napoh, di sini, pada Khamis.



JITRA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas sebanyak 6,900 liter minyak diesel di sebuah stor tidak bernombor di Napoh, di sini, pada Khamis.
Pengarahnya, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan dilakukan lapan anggota penguat kuasa KPDN Kedah kira-kira jam 3 petang hasil risikan menerusi Ops Tiris 3.0.


Beliau berkata, ketika serbuan dilakukan, terdapat enam lelaki dipercayai pekerja berada di premis tersebut."Pemeriksaan lanjut telah menemui sejumlah minyak diesel yang disimpan di premis tanpa lesen atau permit yang sah.

"Sehubungan itu, pasukan serbuan telah membuat tangkapan ke atas semua individu yang berada di premis tersebut untuk siasatan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Beliau berkata, pegawai serbuan KPDN Kedah kemudiannya menyita 6,900 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM14,145.
"Turut dirampas, 10 unit tangki Intermediate Bulk Container' (IBC), sebuah kenderaan berpendaftaran asing dan dua buah kenderaan berpendaftaran tempatan untuk siasatan lanjut," katanya.
Beliau memaklumkan, jumlah sitaan keseluruhan dianggarkan bernilai RM93,245 dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.
Stor seleweng minyak diesel kena serbu KPDN - Sinar Harian




Pages: [1]
View full version: Stor seleweng minyak diesel kena serbu KPDN


ADVERTISEMENT