CARI-HBZ Publish time 26-4-2024 06:29 PM

Penghantar Makanan Jumpa Syamsul Yusof, Siap Pakej Bergambar Duduk Atas Lamborghini – ‘Tuan Kereta Yang Tangkapkan’

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/26/182819zrn5wfew1zjqg0b0.png



Sudah agak lama perkhabaran tentang pengarah terkenal, Syamsul Yusof tidak kedengaran dan kelibatnya di media sosial juga jarang dilihat.


Terbaharu, seorang lelaki yang dipercayai bekerja sebagai penghantar makanan, telah memuat naik beberapa keping foto bersama Syamsul di TikTok miliknya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/26/182842nmeqlg3vgmgxdggb.png



Paling menarik perhatian warganet adalah, swafoto mereka yang diambil oleh pengarah filem Munafik itu.


"Bukti Syamsul tak sombong."


"Vibe dia macam Syamsul yang peminat abang ni."


"Macam kawan-kawan pula."


Bukan itu sahaja, lelaki tersebut juga disifatkan bertuah kerana dia dibenarkan duduk di atas kereta mewah milik Syamsul untuk bergambar.


"Terbalik pula, tuan kereta yang tangkapkan gambar. Memang kami berdua sahaja ketika itu, teringin juga nak bergambar dengan Lamborghini."


Tinjauan OhBulan! mendapati pengarah berusia 38 tahun itu sudah lama tidak berkongsi sebarang hantaran di Instagram sejak November tahun lalu.


Timbul juga dakwaan yang mengatakan isterinya iaitu Ira Kazar kini sedang hamil dan berikutan itu dia tidak lagi aktif memuat naik hantaran di media sosial.


Bagaimanapun, sehingga kini mereka masih lagi mengunci mulut tentang dakwaan tersebut.


Syamsul sebelum ini mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira pada Januari 2023. Pada Jun tahun lalu pula, Syamsul sah bercerai dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah.


Sumber: TikTok/OhBulan

Manusiabesa Publish time 26-4-2024 06:33 PM

Aku xmo tau ygni.
Aku mo tau dia dgn ik dh cerai ke belom tu jer...

-" menjinjing org itu sarang dosa...."
"mengganggu org itu sarang dosa...."
{:1_508:}

yylkasy Publish time 26-4-2024 06:34 PM

Rumah sape dia duduk tu?

iza_just2c Publish time 26-4-2024 06:42 PM

kereta lambo rumah macam biasa je?

zuriey Publish time 26-4-2024 06:52 PM

Knp ko perlu berbangga bergambar dgn jantan notelur bacul tu

noor2 Publish time 26-4-2024 07:16 PM

Wah..hamil rupanya...

MeoWRoaR Publish time 26-4-2024 07:18 PM

okay bang okay,,,

chandrahusin Publish time 26-4-2024 07:29 PM

Hamil katanya

mizzmimi Publish time 26-4-2024 07:33 PM

Manusiabesa replied at 26-4-2024 06:33 PM
Aku xmo tau ygni.
Aku mo tau dia dgn ik dh cerai ke belom tu jer...



Dosa.. dosa.. dosadosadosahhh..

:lol::lol::lol:

mizzmimi Publish time 26-4-2024 07:34 PM

Dek kasi alamat dek konco degawan nak terjahhh

Manusiabesa Publish time 26-4-2024 07:45 PM

chandrahusin replied at 26-4-2024 07:29 PM
Hamil katanya

Sapa kata ik hamil?

chandrahusin Publish time 26-4-2024 07:53 PM

Manusiabesa replied at 26-4-2024 07:45 PM
Sapa kata ik hamil?

Baca la artikel dik

Timbul juga dakwaan yang mengatakan isterinya iaitu Ira Kazar kini sedang hamil dan berikutan itu dia tidak lagi aktif memuat naik hantaran di media sosial.

mizzmimi Publish time 26-4-2024 08:01 PM

Dari tahun lepas kata hamil.. kalo betul dah beranak dah kot..

LaskarHijayu Publish time 26-4-2024 08:23 PM

Cane lak tahun lps dah hamil. Nikah jan tahun ni

jalfa Publish time 26-4-2024 08:26 PM

Tahniah la kalo dah hamil.dah veranak leh bawak cucu balik rumah tok selam

woodywoodpecker Publish time 26-4-2024 08:28 PM

LaskarHijayu replied at 26-4-2024 08:23 PM
Cane lak tahun lps dah hamil. Nikah jan tahun ni

Jan tahun lepas

Hoshhi Publish time 26-4-2024 08:30 PM

Mstila dia layan fans dia elok2...fans2 dia tu la bakal brpusu2 tgk film gangster dia kat panggung nti

delia3003 Publish time 26-4-2024 08:56 PM

Sol² low profile sekarang sebab nanti ada filem nak keluar.

LaskarHijayu Publish time 27-4-2024 06:54 AM

woodywoodpecker replied at 26-4-2024 08:28 PM
Jan tahun lepas

Wakakakaka yg jan tahun ni tu AA ngan SY kapel adoiiii pening dah aku {:1_530:}

Zeatyisaac Publish time 27-4-2024 12:52 PM

chandrahusin replied at 26-4-2024 07:29 PM
Hamil katanya

Dah berapa kali hamil dah.
Pages: [1] 2
View full version: Penghantar Makanan Jumpa Syamsul Yusof, Siap Pakej Bergambar Duduk Atas Lamborghini – ‘Tuan Kereta Yang Tangkapkan’


ADVERTISEMENT