EJALTI Publish time 26-4-2024 02:52 PM

Perancis arah 2 juta botol air Perrier dimusnahkan

Perancis arah 2 juta botol air Perrier dimusnahkan

https://www.bharian.com.my/dunia ... perrier-dimusnahkan

April 26, 2024 @ 11:21am
https://assets.bharian.com.my/images/articles/nestle-steps-up-monitoring-of-french-mineral-water-20240409153950_1714113774.jpg
Gambar hiasan. - Foto AGENSI

PARIS: Sebanyak dua juta, botol air mineral jenama popular, Perrier, yang disyaki dicemari bakteria daripada najis, dimusnahkan di bawah arahan kerajaan.

Pengumuman pemusnahan itu adalah tamparan terbaharu bagi gergasi makanan Switzerland, yang mana anak syarikat airnya di Perancis kini disiasat kerana didakwa menggunakan kaedah haram untuk membersihkan air mineral.

Pihak berkuasa kesihatan di wilayah Occitanie, selatan Perancis memberitahu syarikat air berkenaan untuk memusnahkan semua pengeluaran Perrier dari 10 hingga 14 Mac lalu, dari salah satu sumbernya berhampiran Nimes, berdasarkan dokumen Agensi Kesihatan DGS.

Syarikat sama turut memiliki jenama Vittel, Contrex dan Hepar, berkata kira-kira dua juta botol Perrier dimusnahkan sebagai langkah berjaga-jaga dan syarikat itu memberi jaminan bahawa botol air Perrier di kedai adalah selamat.

Awal bulan ini, pihak berkuasa serantau mengarahkan syarikat terbabit 'menggantung serta-merta' pengeluaran di salah satu sumbernya berhampiran Nimes. Sumber untuk jenama Vittel, Contrex dan Hepar adalah dari timur Perancis.

Perintah itu menjelaskan bahawa pencemaran najis dikesan dan didaftarkan mulai 10 Mac lalu, menyusuli tindakan Pendakwa Raya Perancis membuka siasatan mengenai kaedah penyulingan Januari lalu.

Syarikat itu mengakui bahawa ia membasmi kuman air menggunakan lampu UV, penapisan karbon dan kaedah lain yang tidak dibenarkan bagi air mineral 'semula jadi'.

DGS berkata, selepas pemeriksaan dan siasatan yang menggegarkan seluruh industri air Perancis itu, beberapa sumber air di timur dan selatan Perancis ditutup atau diklasifikasikan semula sebagai 'air yang boleh diminum selepas dirawat'.

Ketua pengarah syarikat makanan Perancis Danone, Antoine de Saint-Affrique, memberitahu mesyuarat pemegang saham syarikat bahawa sumber air mineral semula jadi kini menghadapi pemantauan yang sangat ketat.

Pemegang saham pula menimbulkan persoalan mengenai langkah yang diambil di Danone, yang menghasilkan air mineral Evian, Volvic dan Badoit.

Saint-Affrique berkata syarikat itu bekerjasama rapat dengan petani dan industri tempatan untuk mencegah pencemaran berhampiran sumber airnya. - AFP

sharlenetexas Publish time 26-4-2024 02:57 PM

Najis apa?


jiwasemangat Publish time 26-4-2024 03:11 PM

E Coli rasa nya..

kakikuDibibirmu Publish time 26-4-2024 03:33 PM

sharlenetexas replied at 26-4-2024 02:57 PM
Najis apa?

Taik babi:$      

supernaturalee Publish time 26-4-2024 03:53 PM

redha je la klu terminum

{:thiefo

Goodluckdontcry Publish time 26-4-2024 09:29 PM

sharlenetexas replied at 26-4-2024 02:57 PM
Najis apa?

Najis mughallazah...ewwwww uwekks

Najis mutawassitah...emmmm

Najis mukhaffafah...fiiewww rileks sikit...

Pilihla yg mn berkenan.... kehkehkeh

antikorok Publish time 26-4-2024 10:18 PM

NEWater ummah Singkapurak tersenyom sinisss :$

sharlenetexas Publish time 26-4-2024 10:22 PM

Goodluckdontcry replied at 26-4-2024 09:29 PM
Najis mughallazah...ewwwww uwekks

Najis mutawassitah...emmmm


PARIS: Sebanyak dua juta, botol air mineral jenama popular, Perrier, yang disyaki dicemari bakteria daripada najis, dimusnahkan di bawah arahan kerajaan.

Najis pertengahan kot.

Triple_8 Publish time 26-4-2024 10:23 PM

Kalau di M'sia, jenamanya dirahsiakan sebab takut kena saman. ;P

Tinot7 Publish time 27-4-2024 12:43 PM

Perrier kat mesia apecer?

arareez Publish time 27-4-2024 02:05 PM

Tak layan Perrier. Meolls telan San Pellegrino je..

B40tastePosh Publish time 27-4-2024 02:37 PM

Asal dari Pergunungan Alps, Melayu pun gigih meneguk seperti air zam zam.

isseliparjepun Publish time 27-4-2024 03:38 PM

Seramnya. Mujur tak tergerak nak beli. Selalu minum volvic time time teringin.
Pages: [1]
View full version: Perancis arah 2 juta botol air Perrier dimusnahkan


ADVERTISEMENT