EJALTI Publish time 26-4-2024 02:38 PM

Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City

Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City

https://www.bharian.com.my/bisne ... -kasino-forest-city

Oleh Mahanum Abdul Aziz - April 26, 2024 @ 1:13pm
mahanum_aziz@bh.com.my

https://assets.bharian.com.my/images/articles/HQ040324HY17_1714111966.jpg
Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun -NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN.

KUALA LUMPUR: Berjaya Corp Bhd (BCorp) menafikan laporan yang mengaitkan Pengasasnya, Tan Sri Vincent Tan terbabit dalam rundingan berkaitan lesen kasino di Forest City, Johor.

BCorp berkata, artikel yang dikeluarkan Bloomberg LP 'Malaysia In Talks With Tycoons On Casino To Revive $100 Billion Forest City' dan artikel bertajuk 'Malaysia Mulls Casino At Forest City' oleh The Edge Singapore telah memasukkan maklumat tidak tepat.

Justeru, katanya, ia memberi gambaran yang salah pembabitan pihaknya dalam perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung projek Forest City.

"Kami ingin menjelaskan bahawa Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun tidak mengambil bahagian dalam sebarang rundingan sedemikian dan menyangkal dakwaan tidak tepat yang dikemukakan dalam artikel berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

BCorp berkata, sebagai tindak balas kepada ketidaktepatan itu, pihaknya memohon tindakan daripada pihak terbabit untuk penjelasan dan menyingkirkan sebarang kandungan yang mengelirukan daripada artikel yang dipersoalkan itu merentas semua platform.

Ia juga memohon pemberhentian penyebaran maklumat yang tidak tepat.

"Kami percaya bahawa pihak yang bertanggungjawab akan memahami kebimbangan kami dan mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya.

Semalam, Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Madani Muhibbah Aidilfitri 2024 anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kementerian Komunikasi, Anwar yang juga Menteri Kewangan secara ringkas berkata berita mengenai lesen kasino adalah 'bohong' dan 'tidak betul'.

"Tiada kasino berlesen...tipu...tidak betul," kata Anwar.

Bloomberg dengan memetik sumber sebelum itu melaporkan Perdana Menteri bertemu dengan dua hartawan terkemuka minggu lalu bagi membincangkan rancangan membuka kasino di Forest City.

Laporan itu mendakwa Anwar, pegawai kanan kerajaan dan ahli perniagaan mengadakan makan tengah hari dan mesyuarat mengenai kemungkinan memberikan lesen kasino kedua Malaysia.

Menurut laporan itu, turut berada pada mesyuarat itu ialah Tan dan bekas Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Genting Hong Kong Ltd, Tan Sri Lim Kok Thay.

supernaturalee Publish time 26-4-2024 04:13 PM

bukan the edge ni jgk ke yg antara terawal bongkar psl 1mdb

refer Man on The Run (Netflix)

Pages: [1]
View full version: Vincent Tan tak terbabit rundingan lesen kasino Forest City


ADVERTISEMENT