EJALTI Publish time 26-4-2024 02:34 PM

Kereta terbang pertama bawa penumpang

Kereta terbang pertama bawa penumpang

https://www.kosmo.com.my/2024/04/25/kereta-terbang-pertama-bawa-penumpang/

Oleh KOSMO
25 April 2024, 10:09 am

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/kereta-terbng-viral-2.webp
Sebuah kereta terbang yang diberi nama, AirCar, mencipta sejarah selepas berjaya melakukan penerbangan pertama di dunia dengan membawa seorang penumpang. - KLEIN VISION

BRATISLAVA– Sebuah kereta terbang dinamakan AirCar mencipta sejarah selepas melakukan penerbangan pertama di dunia dengan membawa seorang penumpang, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Penumpang tersebut ialah pemuzik legenda berusia 75 tahun, Jean-Michel Jarre.

Ia sekali gus menandakan pencapaian terbaharu oleh syarikat berpangkalan di Slovakia, KleinVision yang menghasilkan AirCar.

Jarre melakukan dua penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Piestany di hadapan penonton yang ramai.

AirCar mampu bertukar daripada sebuah kereta biasa kepada kereta terbang dalam masa beberapa minit sahaja.

Kereta seberat 1,000 kilogram itu mempunyai dua tempat duduk dan dilengkapi sepasang sayap boleh lipat. AirCar hanya memerlukan landasan sepanjang 300 meter untuk berlepas dan mendarat.

AirCar boleh terbang pada ketinggian 2,438 meter pada kelajuan 192 kilometer sejam.

“AirCar akan memasuki pasaran dalam masa setahun. Bagaimanapun, pemandu perlu mempunyai lesen memandu dan lesen juruterbang,” kata pengasas bersama KleinVision, Anton Zajac. – AGENSI

supernaturalee Publish time 26-4-2024 04:14 PM

yeke
bukan harry, ron dgn hermione ke yg mula2 naik kete terbang

airfilterkotor Publish time 26-4-2024 04:30 PM

Neil Degrasse pernah berkata.... 'flying car' dah lama wujud.

Yakni helikopter. :lol:

FOTHER-MUCKER Publish time 26-4-2024 04:33 PM

Ingatkan Malaysia punya

kotakbaju Publish time 26-4-2024 04:38 PM

Ingatkan kat arab saudi. Bukan ke ada keluar dalam porum ni kata nanti saudi akan guna teksi terbang ke apa untuk angkut jemaah umrah dan haji. Ke dah start dah :o

airfilterkotor Publish time 26-4-2024 04:41 PM

Perlu minima 300M runaway utk mendarat dan berlepas.
Perlukan lesen penerbangan.
Maksimum sorang penumpang.

Robinson R22 tersunyum sinis.

airfilterkotor Publish time 26-4-2024 04:46 PM


zjen Publish time 26-4-2024 06:07 PM

ni xleh jadi la kat sini ...mat rempit terbang atas bumbung setiap kampung ....nanti silap teknik jatuh masuk rumah org ....selalu keluar berita sakan helikopter lumut tu,   daging manusia berpecah sini sana

ninja boy Publish time 26-4-2024 08:58 PM

Chitty chitty bang bang flying car & doll musical box

axl_bach Publish time 26-4-2024 09:16 PM

Ini dh jadi kapal terbang dah bkn kereta terbang....

airfilterkotor Publish time 26-4-2024 09:43 PM

AirCar estimated price: USD500k - USD1.1mil.

Robinson R22 as of 2024: <USD500k.

Tinot7 Publish time 26-4-2024 09:46 PM

supernaturalee replied at 26-4-2024 04:14 PM
yeke
bukan harry, ron dgn hermione ke yg mula2 naik kete terbang

Hermione pun ada dlm keta tu ka? Bkn ka heri dgn ron jahh?

Ahriman Publish time 26-4-2024 09:57 PM

Sesiapa membesar zaman tun m memerintah mesti dulu2 berangan pasal kereta terbang ada pada masa hadapan kan?.:lol:

supernaturalee Publish time 29-4-2024 11:34 AM

Tinot7 replied at 26-4-2024 09:46 PM
Hermione pun ada dlm keta tu ka? Bkn ka heri dgn ron jahh?

roh die sentiasa ada bersama2 harry, especilly ron :P

Tinot7 Publish time 29-4-2024 04:56 PM

supernaturalee replied at 29-4-2024 11:34 AM
roh die sentiasa ada bersama2 harry, especilly ron

Deme idup lagi la

supernaturalee Publish time 29-4-2024 04:57 PM

Tinot7 replied at 29-4-2024 04:56 PM
Deme idup lagi la

okey silap
jiwa


:P


Tinot7 Publish time 29-4-2024 05:53 PM

supernaturalee replied at 29-4-2024 04:57 PM
okey silap
jiwa

Yg meninggal professor snape.. so hang dimahapkan

supernaturalee Publish time 30-4-2024 08:43 AM

Tinot7 replied at 29-4-2024 05:53 PM
Yg meninggal professor snape.. so hang dimahapkan

halaaaa


{:8_635:}

Tinot7 Publish time 30-4-2024 09:16 AM

supernaturalee replied at 30-4-2024 08:43 AM
halaaaa

{:gif_haha:}

lucky_peace Publish time 30-4-2024 10:20 AM

airfilterkotor replied at 26-4-2024 04:30 PM
Neil Degrasse pernah berkata.... 'flying car' dah lama wujud.

Yakni helikopter.

Kann, ape je bezanya dgn helikopter..
Pages: [1] 2
View full version: Kereta terbang pertama bawa penumpang


ADVERTISEMENT