EJALTI Publish time 26-4-2024 02:30 PM

Wanita indon acu parang ketika diminta bayar hutang

Wanita acu parang ketika diminta bayar hutang

https://www.kosmo.com.my/2024/04/25/wanita-acu-parang-ketika-diminta-bayar-hutang/

Oleh KOSMO
25 April 2024, 5:00 pm

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/geli-amuk-diminta-bayar-hutang-2.jpg
Wanita mengeluarkan parang selepas diminta untuk membayar hutang. - INSTAGRAM @portalsulsesl

JAKARTA –Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang wanita yang mengamuk selepas dia diminta untuk membayar hutang, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Kejadian berlaku di Jalan Sinassara, Kota Makassar, wilayah Sulawesi Selatan kelmarin.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh akaun @portalsulsesl, wanita berbaju merah jambu dilihat mengamuk selepas pemiutang datang ke rumahnya.

Lebih memeranjatkan adalah apabila wanita berkenaan mengeluarkan sebilah parang untuk mengusir pemiutang berkenaan.

“Saya sudah cakap, minggu depan saya bayar setelah suami sudah mendapat gaji.

“Jangan buat saya marah kerana suami saya sedang sakit dan anda terus memaksa untuk saya membayar hutang.

“Sudah pasti saya mahu bayar tetapi tunggulah suami saya mendapat gaji, saya tidak suka dipaksa,” kata wanita itu. – AGENSI

Pages: [1]
View full version: Wanita indon acu parang ketika diminta bayar hutang


ADVERTISEMENT