Abahmung Publish time 26-4-2024 10:58 AM

Guan Eng persoal P Pinang terlepas projek pusat reka bentuk IC kepada Selangor

Guan Eng persoal P Pinang terlepas projek pusat reka bentuk IC kepada Selangor
26 Apr 2024, 08:30 AM

Bekas ketua menteri itu mahu Chow Kon Yeow menjelaskan bagaimana Pulau Pinang terlepas peluang kepada Selangor.


https://www.freemalaysiatoday.com/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2024%2F04%2F23a473bb-lim-guan-eng-25424.webp&w=1920&q=50
Lim Guan Eng berkata, Pulau Pinang sepatutnya berjaya menarik pelabur memandangkan ekosistemnya sesuai untuk hab reka bentuk litar bersepadu.


GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow digesa menjelaskan bagaimana negeri itu terlepas projek pusat reka bentuk litar bersepadu (IC) bernilai jutaan ringgit kepada Selangor.

Lim Guan Eng, yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang berkata, negeri itu sepatutnya mengambil tahu bagaimana ia boleh tewas walaupun memiliki kelebihan sebagai hab teknologi serantau.

“Pulau Pinang sepatutnya bersaing untuk projek itu dari mula,” kata Lim.

Sebagai respons, Chow berkata, Pulau Pinang masih komited menggiatkan ekonominya melalui pelaburan strategik, termasuk membangunkan syarikat reka bentuk litar bersepadu tempatan.

Baru-baru ini, Selangor mengumumkan akan membangunkan pusat reka bentuk litar bersepadu di Bandar Puteri Puchong bermula Julai.

Syarikat berkaitan teknologi terkemuka seperti ARM Limited dan Phison Malaysia telah membuat komitmen untuk beroperasi di pusat itu, dikatakan terbesar di Asia Tenggara.

ARM, anak syarikat Jepun, SoftBank, terkenal dengan teras harta inteleknya (reka bentuk susun atur litar bersepadu boleh guna semula) yang dipakai oleh syarikat teknologi gergasi global.

SoftBank melesenkan reka bentuknya kepada lebih 1,000 syarikat, termasuk Apple, Microsoft dan Samsung.

Phison Malaysia, yang diasaskan pada 2000 oleh Pua Khein Seng yang dikenali menerusi ciptaan pemacu kilat USB cip tunggal pertama di dunia, ialah pembekal bebas pengawal Flash NAND dan penyedia penyelesaian storan yang meluas.

Reka bentuk litar bersepadu ialah proses mereka bentuk mikrocip yang merupakan blok binaan asas untuk peranti elektronik seperti telefon pintar, komputer dan peranti elektronik pengguna lain.

Projek pusat reka bentuk litar bersepadu sejajar dengan matlamat kerajaan untuk mengalihkan tumpuan sektor teknologi tempatan daripada pembuatan cip “back-end” kepada reka bentuk “front-end” bernilai tinggi.

Lim berkata, pascanilai perlu dijalankan untuk menentukan bagaimana Pulau Pinang terlepas peluang itu sedangkan ia peneraju sektor.

“Pulau Pinang sepatutnya membelanjakan wang untuk menarik pelabur,” katanya kepada FMT.
https://icdc.hkust.edu.hk/sites/icdc.prod01.ust.hk/files/2021-08/HeadBar_Blue_720x540.jpg

Beliau berkata, dengan rizab lebih RM2.1 bilion setakat 2018, kerajaan Pulau Pinang sepatutnya membelanjakan sedikit dana dalam usaha mendapatkan pemain besar dalam sektor reka bentuk litar bersepadu untuk bertapak di negeri itu.

“Saya diberitahu bahawa kerajaan Selangor menjanjikan RM65 juta untuk projek itu dan ia telah menerima RM60 juta lagi dana persekutuan.”

Beliau juga dimaklumkan pemodal teroka terlibat dalam projek itu menjanjikan RM75 juta lagi untuk pusat berkenaan.

“Ini ialah pelaburan penting dalam bidang digital, internet kebendaan (IoT) dan (keupayaan) teknologi kecerdasan buatan kita untuk masa depan.”

Katanya, Pulau Pinang sepatutnya berjaya menarik pelabur memandangkan ekosistemnya sesuai untuk hab reka bentuk litar bersepadu.

“Ini juga akan mewujudkan ribuan pekerjaan untuk penduduk tempatan.”

Chow, yang mengeluarkan kenyataan sebagai respons kepada komen Lim, memuji Selangor atas inisiatif itu dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama demi pertumbuhan ekonomi bersama.

Pulau Pinang, katanya, dengan kepakaran dalam bidang pembuatan selama berdekad, bersedia untuk integrasi yang lebih dalam rantaian bekalan cip global.

Beliau berkata, langkah proaktif negeri itu, termasuk pengenalan projek Pulau Silikon, akan mempelbagaikan asas ekonominya dengan tumpuan pada sektor teknologi tinggi.

“Pulau Pinang, dengan kepakaran dalam sektor pembuatan yang dibina selama lima dekad, telah menjadi ‘magnet semula jadi’ bagi pembuatan cip ‘back-end’.”


tripleid Publish time 26-4-2024 04:03 PM

asik2 Penang ngn Selangor jah..negeri lobai takde org nak invest ke:o

supernaturalee Publish time 26-4-2024 05:06 PM

tripleid replied at 26-4-2024 04:03 PM
asik2 Penang ngn Selangor jah..negeri lobai takde org nak invest ke

nak isle ke nk invest

:lol:

tripleid Publish time 26-4-2024 05:28 PM

supernaturalee replied at 26-4-2024 05:06 PM
nak isle ke nk invest

Lol.bila dah bukak kilang nanti ummah budu ni la yg bbondong2 dtg penang,Slangor cari keje..bila dah kaya raya hasilmnumpang dok negeri org mula lah memekak melayu tertindas bagai..padahal tempat asal dorg kperluan asas mcm air bersih pun kjaan negeri gagal sediakan.

supernaturalee Publish time 26-4-2024 05:40 PM

tripleid replied at 26-4-2024 05:28 PM
Lol.bila dah bukak kilang nanti ummah budu ni la yg bbondong2 dtg penang,Slangor cari keje..bila d ...


well said {:8_628:}
Pages: [1]
View full version: Guan Eng persoal P Pinang terlepas projek pusat reka bentuk IC kepada Selangor


ADVERTISEMENT