YgBenar Publish time 26-4-2024 09:55 AM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kata Artis bermasalah seperti Aliff Aziz dan Ruhainies disaran jalani pemulihan, tidak digam.Anda tak setuju?

PUTRAJAYA: Kerajaan tidak berhasrat untuk menggam mana-mana artis yang menimbulkan masalah dan kontroversi di saluran televisyen.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, sebaliknya antara penyelesaian lebih 'lunak' dicadangkan terhadap artis yang mempunyai kontroversi itu ialah meminta mereka menjalani program rehabilitasi atau pemulihan.

"Saya sudah cakap dengan Ketua Pengarah Penyiaran (Datuk Suhaimi Sulaiman)... realitinya artis sekarang berbeza dgn era 80-an, waktu itu ada beberapa saluran sahaja, kalau ditutup itu, mereka tidak dapat masuk ruang berkenaan.

"Hari ini jauh berbeza, ada akaun media sosial dan banyak saluran... kita tidak boleh blanket banned (gam secara meluas) sebab membabitkan swasta dan lain-lain.

"Apa yang ketua pengarah cadang adalah sekiranya mana-mana artis mempunyai isu, kita lakukan contoh teladan yang baik dengan memulihkan mereka," katanya kepada pemberita pada Majlis Madani Muhibah Aidilfitri, di perkarangan Kementerian Komunikasi serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada majlis rumah terbuka itu selain Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempata, Nga Kor Ming.

Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali dan

Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian (BH), M Thillinadan.

Fahmi berkata demikian ketika ditanya mengenai gesaan warganet di laman sosial yang mahu kerajaan mengharamkan penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz dan Ruhainies keluar di saluran televisyen selepas terpalit dengan kontroversi apabila didakwa menjalinkan hubungan.

Pada masa sama, Fahmi berkata, pertemuan mungkin boleh dibuat sama ada dengan pengurus artis atau produser program dalam memastikan artis bermasalah terbabit dapat menjalani rehabilitasi.

Beliau berkata, kaedah rehabilitasi ini turut dilaksanakan di negara luar membabitkan artis bermasalah.

"Kita nampak cara lebih baik adalah rehabilitasi, dan kita harap artis itu mengakui kekhilafan, kekurangan serta berusaha menjadi diri lebih baik.

"Ini cara yang sedang dipertimbangkan namun saya serahkan kepada ketua pengarah penyiaran untuk melakukannya," katanya.

www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1239137/artis-bermasalah-disaran-jalani-pemulihan-tidak

nw111 Publish time 26-4-2024 09:58 AM

Gomen taknak gam, netizen lagi power boleh boikot sampai lenyap dr industry ..

jalfa Publish time 26-4-2024 10:10 AM

Pemulihan akhlak ke macam mana..hantar bini alep sekali...:lol:

alesandra Publish time 26-4-2024 10:29 AM

Nak masuk rehab nk watpe???gomen apa kes nk cadangkan pulihkan akhlak,peribadi,hal dlm kain seseorg?dahxde keje lain? biar jela org dlm industri, peminat yg boikot ..biar ada akai

sukacactus Publish time 26-4-2024 10:31 AM

Dua2 kan pelakon, fake plak tu
Masuk rehab acting insaf je nnt {:8_668:}

joannakimberly Publish time 26-4-2024 10:33 AM

Alaaa, bahasa kiasan je tu..
sementara dorg pegi rehab, korang sediakan gam.
keluar rehab, terus lenyap.

Incanto Publish time 26-4-2024 10:50 AM

tak payah nak pulih bagai…. bukan derang mendadih or tokan

dua dua dah besar, ada mak bapak

kalau perangai hauk…gam or boikot saja

artis ada ramai kat Msia, tak terkesan pun kalau dua org ni takde

gerbera.memopad Publish time 26-4-2024 11:03 AM

Pemulihan apa? Pemulihan dari menggatal? Pemulihan dari menyondol? Specialist apa yang nak kena handle tu? :lol:

bitterchoc Publish time 26-4-2024 11:07 AM


Apa pemulihan pemulihan hah?? Nak guna duit dan sumber rakyat untuk pemulihan orang macam tu? Kalau nak sangat pemulihan, suruh deyols guna duit sendiri cari badan swasta. Pastu biar rakyat tentukan sama ada nak tengok lagi muka deyols tu kat tv ke apa. Yang pasti, production houses pun kena pikir elok2 kalau nak ambik deyols ke nak tanggung risiko boycott.

syamzana Publish time 26-4-2024 11:10 AM

nak pulihkan lagumana la tu ye:o
takyah risau...netizen sehati memboikot. setakat 2/3 kerat menyokong tu takde hal

fazila17 Publish time 26-4-2024 11:13 AM

Tak payah buang masa dan buang duit dgn program pemulihan. Ban terus je mana2 artis yang buat perangai tak senonoh.

menjad Publish time 26-4-2024 11:15 AM

Kawen kan jer duo ekok tuh pastu nyah kau ke pulau selatan nun... Duk flat kat sana keje tukang sapu

Duta lover Publish time 26-4-2024 11:18 AM

Betul kot sugar daddy ruhainies ni somebody. Time ruhainies terus takyah gam. Pemulihan saja..hahahaha tapi ruhainies ni mmg x cantik. Better akak dia or adik yg jd artis.

mayaHD Publish time 26-4-2024 11:21 AM

aku neh da tua agaknya malas nk penin2 masalah derang, tp ada opismate aku lg tua sibuk nau detail semua tau masalah derang neh ahahaha

kuzaime Publish time 26-4-2024 11:29 AM

Lembik sangat:curse: gam ajelah, macamlah mutu drama @ filem bole merundum kalau xde muka2 ni yg berlakon

melinda_kerr Publish time 26-4-2024 11:33 AM

kelakar nya.. kt korea suara netizen lagi besar. tk pyh sampai menteri nk komen2. wartawan mana tu pg tanya menteri. byk lg benda penting lah nk diulas. pandai2 la diaorg insap sendiri lepas diboikot.

anilanil Publish time 26-4-2024 11:40 AM

Nampak naw si kemut punya bapak gula ada kabel fibre optic 2x lebih laju. Kantoi busuk mcm ni pon bole gam. Hebat lagi la tok a.aida sendiri gam retis bermasalah.

sleepandream Publish time 26-4-2024 11:57 AM

sebenarnye lebih kepada common sense pemain industri...
itulah bangangnye astro dulu duk ambik heols masuk GV...
tapi nak cakap apa... hidup mmg takkan adil... ada demand ada la supply...

luc Publish time 26-4-2024 12:14 PM

Takde la banyak sangat saluran untuk reach out to a wider mass ni.. tv gomen, tv3 dan astro je pun. Lain la kalau netflix nak offer diorang berlakon.

jambatannetizen Publish time 26-4-2024 12:16 PM

Duta lover replied at 26-4-2024 11:18 AM
Betul kot sugar daddy ruhainies ni somebody. Time ruhainies terus takyah gam. Pemulihan saja..hahaha ...

Itulah kot sebab Syed Saddiq ambil gambar dengan BA. Mesti kalangan situ.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kata Artis bermasalah seperti Aliff Aziz dan Ruhainies disaran jalani pemulihan, tidak digam.Anda tak setuju?


ADVERTISEMENT