erusi2 Publish time 20-3-2011 11:47 AM

Permasalahan ayat 2 Tawarikh 36:9 dalam bible

Post Last Edit by erusi2 at 25-8-2011 10:39

Permasalahan umur Yoyakhin 2 Tawarikh 36:9 dalam bible.Lihat pada link http://apostolic.interlinearbible.org/2_kings/24.htm dan dipaparkan buku 2 Kings 24. Sekarang tumpukan pada bahagian 2 Kings 24:8 yang mana pada link tersebut tertera seperti di bawah.υιός       οκτωκαίδεκα         ετών          Ιωαχίν
   a son      being eighteen   years old      Jehoiachin was


Justeru οκτωκαίδεκα adalah menunjukkan “being eighteen”.

Sekarang lihat pula pada link http://sepd.biblos.com/2_chronicles/36.htm yang akan memaparkan tulisan greek bagi 2 Tawarikh 36:9 seperti di bawah.

υἱὸς ὀκτωκαίδεκα ἐτῶν ιεχονιας ἐν τῷ βασιλεύειν αὐτὸν καὶ τρίμηνον καὶ δέκα ἡμέρας ἐβασίλευσεν ἐν ιερουσαλημ καὶ ἐποίησεν τὸ πονηρὸν ἐνώπιον κυρίου

2 Tawarikh 26:9 juga mengkisahkan umur Yoyakhin ketika dia menjadi raja di Jerusalem. Lihat persamaan tulisan greek 2 Tawarikh 36:9 dan 2 Kings 24:8 pada 3 perkataan pertama iaitu (saya warna warnikan supaya mudah untuk buat perbandingan berdasarkan warna)υἱὸς ὀκτωκαίδεκα ἐτῶνyang menjelaskan umur Yoyakhin adalah 18 tahun.

Justeru tidak hairanlah kenapa kita menemui terjemahan-terjemahan bible bagi ayat 2 Tawarikh 36:9 yang mengkisahkan umur Yoyakhin adalah 18 tahun seperti di bawah.

2 TAWARIKH 36:9 Indonesian - Terjemahan Lama (TL)................................................................................ Adapun umur Yehoyakhin pada masa ia naik raja itu delapan belas tahun, maka kerajaanlah ia di Yeruzalem tiga bulan dan sepuluh hari lamanya, maka diperbuatnya barang yang jahat kepada pemandangan Tuhan.



2 TAWARIKH 36:9 Indonesian - Terjemahan Baru (TB)Yoyakhin berumur delapan belas tahun pada waktu ia menjadi raja dan tiga bulan sepuluh hari lamanya ia memerintah di Yerusalem. Ia melakukan apa yang jahat di mata TUHAN.


..............................................................................
Bible in Basic EnglishJehoiachin was eighteen years old when he became king; he was ruling in Jerusalem for three months and ten days, and he did evil in the eyes of the Lord.

Semuanya itu boleh dilihat pada link http://mlbible.com/2_chronicles/36-9.htm

Seterusnya lihat pula pada link http://apostolic.interlinearbible.org/2_chronicles/36.htm yang menjelaskan satu lagi tulisan Greek bagi ayat 2 Tawarikh 36:9 seperti di bawah.
υιός        οκτώ      ετών      Ιεχονίαςwas a son   being eight       years old       JehoiachinMaka menjelaskan οκτώ bermaksud “being eight”. Maka tulisan Greek itu menjelaskan umur Yoyakhin adalah 8 tahun.Disebabkan ini kita menemukan beberapa terjemahan bible bagi ayat 2 Tawarikh 36:9 yang menceritakan umur Yoyakhin adalah 8 tahun ketka menjadi raja di Jerusalem seperti di bawah.New American Standard Bible(©1995)Jehoiachin was eight years old when he became king, and he reigned three months and ten days in Jerusalem, and he did evil in the sight of the LORD.


.........................................................................
King James Bible
Jehoiachin was eight years old when he began to reign, and he reigned three months and ten days in Jerusalem: and he did that which was evil in the sight of the LORD.
...........................................................................
GOD'S WORD® Translation (©1995)
Jehoiakin was eight years old when he began to rule as king. He was king for three months and ten days in Jerusalem. He did what the LORD considered evil.Semuanya ini boleh dilihat juga pada link http://mlbible.com/2_chronicles/36-9.htm
Maka dengan ini kita menemukan dua tulisan Greek yang berbeza bagi ayat 2 Tawarikh 26:9 iaitu satu menjelaskan umur beliau adalah 18 tahun manakala satu lagi menjelaskan umur beliau adalah 8 tahun. Sebab itulah secara umumnya pada link http://mlbible.com/2_chronicles/36-9.htm itu kita akan menemukan dua terjemahan yang berlainan bagi umur Yoyakhin pada ayat 2 Tawarikh 36:9 iaitu ada yang menterjemahkan 18 tahun dan ada yang menterjemahkan 8 tahun ketika dia menjadi raja di Jerusalem.
Justeru ini menjelaskan kesalahan catatan di dalam bible bagi 2 Tawarikh 36:9 telah berlaku.

kompia23 Publish time 20-3-2011 01:53 PM

Senang je tu.....

Penjelasannya ada di sini.
http://www.fredsbibletalk.com/fb005.html

Sekian.

erusi2 Publish time 20-3-2011 09:07 PM

Reply 2# kompia23


Mari saya berikan tajuk dalam link yang kamu berikan itu. Tajuknya adalah seperti di bawah

The Problem of Jehoiachin's Age
2 Kings 24:8 vs. 2 Chronicles 36:9
By Fred Butler

Justeru ianya membincangkan perbezaan umur Yoyakhin pada 2 Kings 24:8 dan 2 Tawarikh 36:9. Namun apa yang saya persoalkan Kompia23? Kamu baca dengan cukup teliti persoalan yang saya kemukakan itu atau sebaliknya? Kamu faham persoalan yang saya kemukakan itu atau sebaliknya?

Saya jelaskan bahawa saya mempersoalkan perbezaan umur Yoyakhin hanya pada 2 Tawarikh 36:9 pada dua kitab tulisan Greek yang saya paparkan dalam persoalan saya itu. Justeru sila faham bahawa saya tidak mempersoalkan perbezaan umur Yoyakhin antara 2 Kings 24:8 dan 2 Tawarikh 36:9.

Justeru jika hanya memperkatakan perbezaan antara 2 Kings 24:8 dan 2 Tawarikh 36:9, makanya ia tidak menjawab persoalan saya. Kerana saya mempersoalkan perbezaan umur Yoyakhin hanya pada 2 Tawarikh 36:9 dalam dua kitab Greek yang saya sertakan itu.

So sila fahami dulu persoalan saya dengan baik sebelum menangganinya supaya kelak kamu tidak mengemukakan penjelasan yang bukannya dipersoalkan dalam persoalan saya itu.

So jangan ambil mudah.

kompia23 Publish time 22-3-2011 12:30 PM

So sila fahami dulu persoalan saya dengan baik sebelum menangganinya supaya kelak kamu tidak mengemukakan penjelasan yang bukannya dipersoalkan dalam persoalan saya itu.

Yang saya terangkan dah pun menjelaskannya. Iaitu sekiranya wujud perbezaan tu, maksudnya si penyalin silap menyalin.. Tu je.... 18 dgn 8, kadang kala kita pun buat silap camtu....

Sekian.

erusi2 Publish time 22-3-2011 06:32 PM

Reply 4# kompia23


    Yang saya terangkan dah pun menjelaskannya. Iaitu sekiranya wujud perbezaan tu, maksudnya si penyalin silap menyalin.. Tu je.... 18 dgn 8, kadang kala kita pun buat silap camtu....



Then tunjukkan autographnya untuk membuktikan si penyalin silap menyalin.
Lagi satu hanya bersangka-sangka dan beriman secara buta tuli.

rdzaccess Publish time 24-3-2011 02:46 AM

Mana mungkin umur 8 tahun naik tahta....
Semasa menulis semula tu maka terfikir pulak mana boleh jadi seorang anak kecil akan menjadi pemerintah...Jadi tambah lah sepuluh tahun lagi....

erusi2 Publish time 24-3-2011 09:40 AM

Reply 6# rdzaccess


Yes, jika kita lihat Wahyu 1:11 itu perbezaan antara dua versi tersebut begitu ketara sehingga melibatkan satu ayat yang lengkap yang terdiri daripada beberapa perkataan. Justeru itu melambangkan perbezaan tersebut disebabkan oleh satu pengubahsuaian yang disengajakan. Justeru unsur-unsur seperti ini mungkin juga dilakukan pada penyalinan manuskript pertamanya yang bersumberkan autographnya. Sebab itulah saya mendakwa bible itu bersifat tiada kepastian.

Justeru hanya autographnya yang dapat memberikan kepastian terhadap permasalahan bible. Tetapi autographnya sudah hilang. So maka selama-lamanya kelompok kristian itu hanya bersangka-sangka dalam keimanan mereka. Sebab itulah mereka hanya beriman secara buta tuli buat selama-lamanya.

kompia23 Publish time 25-3-2011 02:05 PM

Reply 5# erusi2

Then tunjukkan autographnya untuk membuktikan si penyalin silap menyalin. Lagi satu hanya bersangka-sangka dan beriman secara buta tuli.

Pelik... Alkitab terdiri daripada puluhan buah buku kitab yg digabung bersama. Tak ada satu pun yg bercanggah antara satu sama lain. Walaupun ditulis dlm masa yg berlainan dan oleh penulis dari latar belakang yg berlainan. Beribu-ribu salinan wujud dlm dunia yg takde sama pun yg menyatakan cerita yg berbeza. Ianya sama tetapi wujud ttg yg berbeza seperti yg dikatakan oleh saudara. Dua terjemahan A & B. Takde yg lain. Maka dgn jelasnya di sini ialah Firman Tuhan masih terpelihara daripada sebarang kesilapan kecuali kesilapan penterjemahan. Kalau bukan A, maka ia B. Takde lain.

Sekian.

erusi2 Publish time 25-3-2011 03:21 PM

Reply 8# kompia23


2 versi ayat Lukas 3:33, Wahyu 1:11, 2 Tawarikh 36:9, 2 Samuel 24:13, 1 Kings 4:26, 2 Kings 8:26 menjelaskan ke semua ayat tersebut saling bercanggah antara satu sama lain.

Bagi saya dakwaan kononya tiada percanggahan dalam bible adalah dakwaan yang amat tidak berasas bile mana saya telah paparkan ayat-ayat yang saling menafikan antara satu sama lain.
Kompia23, tiada guna kamu mendakwa bible itu tidak bercanggah bila kamu sendiri akui wujudnya kesilapan dalam catatan dalam bible itu. Kamu hanya mempu mengatakan ianya tidak bercanggah, tetapi tidak mampu membuktikan dakwaan kau itu. Bagi saya jika hanya mampu mengatakan, org yang tak berilmu pun mampu berbuat sedemikian.

kompia23 Publish time 26-3-2011 06:42 AM

Reply 9# erusi2

Bagi saya dakwaan kononya tiada percanggahan dalam bible adalah dakwaan yang amat tidak berasas bile mana saya telah paparkan ayat-ayat yang saling menafikan antara satu sama lain.

Bukan dakwaan tetapi kebenaran. Saudara sendiri pun boleh lihat apa yg saudara berikan adalah kerasa kewujudan dua versi translasi. Bukan kerana Firman Tuhan tiada. Ianya ada dan akan terus ada sehingga kedatangan Yesus buat kali kedua kerana itu yg dijanjkan dlm FirmanNya.

Saya tak akui kesilapan dlm alkitab. Saya akui wujud dua versi translasi yg berbeza kerana kesilapan penterjemah. Tu je.

Sekian.

erusi2 Publish time 26-3-2011 09:38 PM

Reply 10# kompia23


Bukan dakwaan tetapi kebenaran.

Tiada pembuktian, maka tiada kepastian, then hakikatnya bukan berstatus kebenaran.


Saudara sendiri pun boleh lihat apa yg saudara berikan adalah kerasa kewujudan dua versi translasi. Bukan kerana Firman Tuhan tiada. Ianya ada dan akan terus ada sehingga kedatangan Yesus buat kali kedua kerana itu yg dijanjkan dlm FirmanNya.

2 versi bermakna kesalahan telah wujud. Justeru pastinya salah satu atau kemumgkinan kedua-dua versi itu bukan firman Tuhan. Justeru unsur-unsur bukan firman Tuhan sudah tertimpa ke atas bible. Then ketiadaan autographnya menjadikan tidak dapat dibuat pengesahan berkenaan dengan ayat-ayat yang lain itu. Then tiada kepastian.

Saya tak akui kesilapan dlm alkitab. Saya akui wujud dua versi translasi yg berbeza kerana kesilapan penterjemah. Tu je.


Yang penting unsur-unsur kesalahan sudah tertimpa ke atas bible. Itu yang saya ingin buktikan. Kamu apa nak sebutkannya terpulang pada kamu. Yang pastinya dengan ketiadaan autographnya menyebabkan bible itu tidak mampu disahkan kesahihan dan keasliannya.

kompia23 Publish time 28-3-2011 09:04 AM

2 versi bermakna kesalahan telah wujud. Justeru pastinya salah satu atau kemumgkinan kedua-dua versi itu bukan firman Tuhan. Justeru unsur-unsur bukan firman Tuhan sudah tertimpa ke atas bible. Then ketiadaan autographnya menjadikan tidak dapat dibuat pengesahan berkenaan dengan ayat-ayat yang lain itu. Then tiada kepastian.

Dua versi maksudnya ada dua pilihan je. Yg lain ada satu pilihan je. Sebab tu ianya masih pasti. Yg dua versi cuma peratusan yg sgt rendah. Yg satu versi, semua yg lain. Yg dah dipastikan benar dalam apa pun versi.

Saya akan biarkan saudara dgn soalan saudara mengenai buku asal tu. Sebab dah byk kali saya jawab. Yg saudara tak terima tu. Kalau jawab berulang, buang masa.

Sekian.

erusi2 Publish time 28-3-2011 09:22 PM

Post Last Edit by erusi2 at 28-3-2011 21:26

Reply 12# kompia23


Dua versi maksudnya ada dua pilihan je. Yg lain ada satu pilihan je. Sebab tu ianya masih pasti. Yg dua versi cuma peratusan yg sgt rendah. Yg satu versi, semua yg lain. Yg dah dipastikan benar dalam apa pun versi.

Disebabkan 2 pilihan sajalah makanya salah satunya pasti salah iaitu sudah tidak menyamai autogaphnya. Justeru bible itu sudah tidak terhindar daripada kesalahan. Then satu pilihan saja bagi ayat yang lain adalah tiada kepastian sebab keadaan bible itu yang sudah tidak terhindar daripada kesalahan. Then jika kamu rasa masih pasti, buktikan, tunjukkan autographnya untuk membuktikan ianya masih pasti. Jika kamu rasa peratus kesalahan sangat rendah, then buktikan, tunjukkan autographnya untuk membuktikan dakwaan kamu itu. Jika hanya mampu kata, budak tak berilmu pun mampu berbuat sedemikian.


Saya akan biarkan saudara dgn soalan saudara mengenai buku asal tu. Sebab dah byk kali saya jawab. Yg saudara tak terima tu. Kalau jawab berulang, buang masa.


Sememangnya kamu tidak mampu memberikan buku asal atau autographnya kerana buku tersebut sudah hilang atau musnah. So sememangnya tiada bukti bahawa manuskript bible itu masih menyamai autographnya. Dan dalam masa yang sama sudah ada bukti bahawa catatan tertentu dalam bible itu sudah tidak menyamai autographnya.
Yang kamu kata sudah bnyk kali jawab itu adalah bukannya berkaitan dengan autograph, tetapi ia hanya melibatkan manuskript dengan manuskript. Kerana autographnya sudah tiada dan tidak akan mampu dikemukakan lagi. So kita tak perlu buang masa lagi jika masing-masing sebenar-benarnya sudah sedar hakikat tersebut, walau pun kamu tidak mahu mengakuinya. Namun ketidakmampuan kamu dalam membuktikan setiap dakwaan kamu menjelaskan segala-galanya. Yes, saya pun tak mahu buang masa.:lol:

kompia23 Publish time 29-3-2011 08:38 AM

Justeru bible itu sudah tidak terhindar daripada kesalahan.

Hmmmnn... Namun ia masih terpelihara dlm versi yg satu lagi.

then buktikan, tunjukkan autographnya untuk membuktikan dakwaan kamu itu. Jika hanya mampu kata, budak tak berilmu pun mampu berbuat sedemikian.

Peratusan rendah kerana saudara sendiri tahu yg wujudnya byk versi translasi yg ada tetapi cuma ada dua versi berbeza bagi beberapa tempat. Ini adalah hakikat. Bagi saya, ianya memadai kerana tiada bukti ia diubah, yg saudara sendiri pun tak dpt buktikan.

Kerana autographnya sudah tiada dan tidak akan mampu dikemukakan lagi.

Pelik. Saya dah menyedari hakikat ini tapi rasanyasaudara yg buang masa dgn menanyakan soalan yg sama berulang-ulang. Dan saya beritahu saudara ianya sama kerana tiada bukti yg menunjukkan ia tidak sama. Kecuali saudara ada? Tak ada jadi camna saudara kata tak sama? Saudara buat andaian??

Fikirkan.

erusi2 Publish time 29-3-2011 05:12 PM

Reply 14# kompia23


    Hmmmnn... Namun ia masih terpelihara dlm versi yg satu lagi.


jika kamu rasa macam tu, then buktikan, tunjukkan autographnya untuk membuktikan versi yangsatu lagi tercatat dalam autographnya itu. Jika hanya kata macam tu, buktinya tak ada, budak tak berilmu pun mampu kata macam tu.

Peratusan rendah kerana saudara sendiri tahu yg wujudnya byk versi translasi yg ada tetapi cuma ada dua versi berbeza bagi beberapa tempat. Ini adalah hakikat. Bagi saya, ianya memadai kerana tiada bukti ia diubah, yg saudara sendiri pun tak dpt buktikan.


semua versi traslasi itu bersumberkan manuskript. Justeru wujudnya 2 versi manuskript bagi beberapa ayat. Then ini bukti terdapatnya manuskript yang tak sama dengan autograph. So mana lagi yang tak sama antara manuskript dengan autograph, Kita tak tahu. Kamu hana bersangka-sangka tak ada lagi. Tapi hakikatnya kita tak tahu sebab autographnya dah tak ada nak dirujuk, So sebenarnya peratus tu kita tak tahu rendah atau tinggi. Kamu hanya bersangka-sangka peratusannya rendah.

Pelik. Saya dah menyedari hakikat ini tapi rasanya saudara yg buang masa dgn menanyakan soalan yg sama berulang-ulang. Dan saya beritahu saudara ianya sama kerana tiada bukti yg menunjukkan ia tidak sama. Kecuali saudara ada? Tak ada jadi camna saudara kata tak sama? Saudara buat andaian??


Memang kita dah menyedari autographnya dah tak ada. Tapi kamu masih tak menyedari yang kamu hanya bersangka-sangka terhadap autographnya. Contohnya kamu bersangka-sangka ayat lain dalam manuskript itu masih sama dengan autograph. Justeru saya terpaksa membangkitkanhal autograph ini berulang-ulang untuk menyedarkan kamu bahawa tiada gunanya hanya bersangka-sangka terhadap autogtaphnya kerana ianya amat tidak menyakinkan.
Tiada bukti menunjukkan ianya tak sama? Buktinya ada. Saya paparkan semula. Lukas 3:33 ada 2 versi. So salah satu versinya pasti tidak sama dengan autograph bible. So saya bukan buat andaian. kamu yg buat andaian dengan mengatakan tiada ayat bible yang tak sama dgn autographnya.

kompia23 Publish time 30-3-2011 06:21 AM

jika kamu rasa macam tu, then buktikan, tunjukkan autographnya untuk membuktikan versi yangsatu lagi tercatat dalam autographnya itu. Jika hanya kata macam tu, buktinya tak ada, budak tak berilmu pun mampu kata macam tu.

Dah saya buktikan. Salinan semuanya sama sedemikian. Jikalau saudara katakan ia berbeza. Itu dakwaan saudara bukan saya. Maka, saudara yg kena tunjuk bukti. Saya persilakan saudara berbuat demikian. Dapat?

Then ini bukti terdapatnya manuskript yang tak sama dengan autograph. So mana lagi yang tak sama antara manuskript dengan autograph, Kita tak tahu.

Kita boleh lihat dgn sendiri tiada yg lain yg berbeza. Maka itu kita dah pasti sama dgn yg asal. Tetapi yg dua versi tu, kita pun pasti kerana tiada versi yg lain. Bersangka-sangka bila tiada bukti seperti yg saudara lakukan tu.

Tapi kamu masih tak menyedari yang kamu hanya bersangka-sangka terhadap autographnya.

Saudara tahu tiada buku asal tetapi saudara menggunakannya sebagai pelindung kepada setiap jawapan yg saya beri bila saudara tidak dpt menafikannya. Tidak malukah saudara? Minta org bagi sesuatu yg saudara sendiri dah tahu mustahil. Sekali lagi saya katakan saya tidak bersangka-sangka kerana wujudnya bukti hitam putih utk saya. Apa yg saudara ada??

Ulg 8:3Jadi Ia merendahkan hatimu, membiarkan engkau lapar dan memberi engkau makan manna, yang tidak kaukenal dan yang juga tidak dikenal oleh nenek moyangmu, untuk membuat engkau mengerti, bahwa manusia hidup bukan dari roti saja, tetapi manusia hidup dari segala yang diucapkan TUHAN.

Sekian.

Sekian.

erusi2 Publish time 30-3-2011 10:35 AM

Reply 16# kompia23


   Dah saya buktikan. Salinan semuanya sama sedemikian. Jikalau saudara katakan ia berbeza. Itu dakwaan saudara bukan saya. Maka, saudara yg kena tunjuk bukti. Saya persilakan saudara berbuat demikian. Dapat?


antara salinan sama. salinan dgn autograph, kita tak tahu. so jika kamu rasa ia tak berbeza, then buktikan, tunjukkan autographnya untuk menunjukkan bible tu tak berbeza dgn autographnya. Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu.
Bukti? Memang dapat sangat. Lukas 3:33 ada 2 versi. So salah satu versinya pasti tidak sama dengan autograph bible.


Kita boleh lihat dgn sendiri tiada yg lain yg berbeza. Maka itu kita dah pasti sama dgn yg asal. Tetapi yg dua versi tu, kita pun pasti kerana tiada versi yg lain. Bersangka-sangka bila tiada bukti seperti yg saudara lakukan tu.




No! saya dah buktikan antara manuskript itu berbeza. Bukti. Lukas 3:33 2 versi tu. Jika bible pasti, then buktikan, tunjukkan autographnya untuk menunjukkan bible tu tak salah. Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu. Saudara tahu tiada buku asal tetapi saudara menggunakannya sebagai pelindung kepada setiap jawapan yg saya beri bila saudara tidak dpt menafikannya. Tidak malukah saudara? Minta org bagi sesuatu yg saudara sendiri dah tahu mustahil. Sekali lagi saya katakan saya tidak bersangka-sangka kerana wujudnya bukti hitam putih utk saya. Apa yg saudara ada?? Kerana kamu menggunakannya sebagai pelindung dalam setiap jawapan sangkaan kamu. Jawapan yang kamu beri itu bukan saya telah saya nafikan malah saya paparkan juga bible turut menafikan. kamu saja yg tak mahu terima.tak malukah kamu?? Beri pada org sesuatu yg kamu sendiri dah tahu mustahil.Then teruskan. Jika tak bersangka-sangka, then buktikan, tunjukkan autographnya untuk menunjukkan bible tu tak salah. Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu.

kompia23 Publish time 30-3-2011 02:49 PM

antara salinan sama. salinan dgn autograph, kita tak tahu.

Saya dah buktikan dgn semua salinan adalah sama dan boleh dirujuk ke puluhan tahun sebelum rasul terakhir meninggal. Ini belum lagi termasuk yg generasi baru sesudah 12 rasul ..Kan masa Yesus tu ada ratusan yg lain juga bersama Yesus. Takkan mereka semua mati??


No! saya dah buktikan antara manuskript itu berbeza. Bukti. Lukas 3:33 2 versi tu. Jika bible pasti, then buktikan, tunjukkan autographnya untuk menunjukkan bible tu tak salah. Jika hanya kata, budak tak berilmu pun boleh kata macam tu.

Buku asal lagi?? Kan dah tahu tiada dah yg tinggal manuskrip yg tiada beza tu... kalau saudara katakan ianya tak sama, maka buktikanlah..

Kerana kamu menggunakannya sebagai pelindung dalam setiap jawapan sangkaan kamu. Jawapan yang kamu beri itu bukan saya telah saya nafikan malah saya paparkan juga bible turut menafikan. kamu saja yg tak mahu terima.tak malukah kamu?? Beri pada org sesuatu yg kamu sendiri dah tahu mustahil.

Pelik.. Jawapan saya adalah berdasarkan alkitab yg sama dari dulu sehingga sekrg. Kenapa saudara nafikan jawapan saya? Saudara berhak ke buat sedemikian? Saudara yg tentukan soalan, saudara yg tentukan jawapan. Pelik betul... Tak malukah saudara, saudara katakan alkitab kami salah tetapi tak dapat berikan buktinya.

Sekian.

erusi2 Publish time 14-7-2011 03:54 AM

Reply 18# kompia23

Pembetulan, faktanya adalah semua manuskript itu tidak dapat dikatakan 100% sama, kerana antara manuskript itu sendiri telah wujudnya beberapa ayat yang mengandungi 2 versi yang berbeza. Itu adalah fakta yang tidak dapat dinafikan.
Seterusnya, jika tiada buku asal iaitu autographnya maka tiadalah dapat dipastikan sama ada manuskript-manuskript yang bukannya 100% sama itu menyamai autographnya atau tidak. Namun yang pasti adalah disebabkan antara manuskript-manuskript itu sudah tidak 100% sama, maka sudah pastinya wujud manuskript yang sudah tidak menyamai autographnya.
Pages: [1]
View full version: Permasalahan ayat 2 Tawarikh 36:9 dalam bible


ADVERTISEMENT