CARI-HBZ Publish time 25-4-2024 10:29 PM

Tak gaduh apa pun. Cuma bincang masalah internet di Kedah – Fahmi

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/25/222936n2e2xocael6le8u1.png



PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berseloroh berhubung pertemuan beliau dengan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dalam satu majlis rumah terbuka sebagai ‘Gol dan Gincu jumpa Litar dan Lumba’.


Menurut Fahmi, beliau terserempak dengan Menteri Besar Kedah berkenaan di Rumah Terbuka Kementerian Komunikasi dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


“Tak gaduh apa pun. Cuma bincang masalah internet di Kedah yang akan diselesaikan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.


“Saya sebut juga isu internet yang sedang cuba diatasi di KKB (Kuala Kubu Baharu). Datuk Seri Sanusi kata “Ha, saya nak guna ni dalam kempen.” Saya jawab “Haha ok je, tapi jangan sampai undang murka Tuanku Sultan”,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini


Fahmi berkata, walaupun terdapat perbezaan politik, namun masalah dihadapi rakyat mesti diselesaikan tanpa mengira perbezaan pendapat.


Sumber – KOSMO! ONLINE.

Kurex Publish time 26-4-2024 10:21 AM

kalau pami tgh sanusi waktu muda, mesti pami taste dekat sanusi...
Pages: [1]
View full version: Tak gaduh apa pun. Cuma bincang masalah internet di Kedah – Fahmi


ADVERTISEMENT