Raman Publish time 25-4-2024 08:14 PM

Tanah Keluarga Ammar Baharin kena Curi

Edited by Raman at 25-4-2024 08:15 PM

Pelakon, Ammar Baharin, menuntut penjelasan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor berhubung kes tanah milik keluarganya yang terletak di Semenyih, yang dikesan dikeluarkan geran oleh pihak berkenaan kepada orang lain secara tidak sah.

Ammar dalam perkongsian menerusi akaun X dan Instagram, mendedahkan kejadian itu disedari keluarga ketika arwah ayahnya masih hidup, apabila meninjau kawasan tanah berkenaan untuk diusahakan, namun terkejut apabila "Macam mana sebidang tanah boleh ada dua geran yang berbeza? Mak aku pun pergi la jumpa tuan tanah itu dan bertanya. Diringkaskan cerita, tuan tanah kata itu tanah dia, siap tunjuk geran (geran tampal) dan mak aku pun tunjuk geran asal yang mak aku pegang berpuluh tahun. Siap bayar cukai tanah," katanya.

Ammar berkata, ibu dan arwah ayahnya kemudian pergi ke PTG Selangor untuk bertanyakan situasi terbabit.

"Mereka (PTG) faham dan cuba selesaikan perkara ini. Mereka janji akan menggantikan tanah mak aku dengan tanah yang lain tapi sampai sekarang masih belum ada jawapan.

"Apabila ditanya mengenai update terbaru, staff pejabat tanah kata Selangor dah takde tanah kosong (untuk digantikan)," katanya dalam perkongsian itu.

Pelakon itu mempersoalkan kes tanah ini kepada PTG dengan membangkitkan beberapa persoalan dalam perkongsian berkenaan.

"Siapa yang meluluskan geran kedua untuk individu lain, sedangkan tanah milik keluarga aku ini belum dijual atau ditukar nama kepada sesiapa?


"Bayaran penjualan tanah itu diberi kepada siapa? Cukai tanah yang mak aku bayar tiap-tiap tahun itu macam mana?

"Adakah pihak satu lagi itu pun bayar cukai tanah yang sama? Semoga PTGS ada jawapan untuk setiap persoalan di atas," katanya.

Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk bertindak bagi menyelesaikan masalah yang mengelirukan rakyat.

Sementara itu, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, Datuk Dr Yusri Zakariah, ketika dihubungi BH untuk mengulas dakwaan pelakon berkenaan, berkata pihaknya mengambil maklum dakwaan terbabit dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara berkenaan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, turut memberi reaksi kepada perkongsian pelakon itu menerusi Instagram dengan meminta beliau mengemukakan perincian berhubung perkara itu.

"DM (Mesej terus) detail (perincian) no geran dan lot, nanti saya siasat," katanya.

BERITA HARIAN

Semua orang tengah hangat kisah skandal-skandal Temasek. Dasyat jugak kes Ammar ni, sila lah check tanah-tanah anda

akies Publish time 25-4-2024 08:34 PM

Tak amanah punya pejabat tanah!
Mana boleh sesuka hati pindah milik pada org lain

nadie90 Publish time 26-4-2024 02:03 AM

Gila la:funk:...hrp jgn smpai masuk court dah la....yg nk amik ksmptn ada dimana2...yg penting dokumen2 psl geran ada simpan sbgi bukti

ezacbee Publish time 26-4-2024 02:50 AM

Klo retis laju je.. sampai MB masuk campur.. klo org kita hmmmm..

alieyrina Publish time 26-4-2024 04:05 AM

Gila. Adik beradik pun leh gaduh. Inikan pulak dgn stranger dari mana tah nak kena bersemuka

dua_chzy Publish time 26-4-2024 05:34 AM

PBT makan duit haram le tu.

Fazzbulous Publish time 26-4-2024 06:19 AM

akies replied at 25-4-2024 08:34 PM
Tak amanah punya pejabat tanah!
Mana boleh sesuka hati pindah milik pada org lain

leeee...u bru tau kee..dlm byk2 pjbg gomen,pjbt tnh yg ptot sprm check skli...check semua staff2...muahhahahahaha...mesti tnh ada sorang 1...check skli ahli2 kluarga diorg...lagi2 staff yg pling beso kdudukannya...

yusryimran Publish time 26-4-2024 07:09 AM

ezacbee replied at 26-4-2024 02:50 AM
Klo retis laju je.. sampai MB masuk campur.. klo org kita hmmmm..

kan betul sangat apa yg you ckp tu. kadang fade up nak berurusan dgn mereka ni

awex^returns Publish time 26-4-2024 07:50 AM

sesiapa yang curi hak milik oang ni, jawablah kat akhirat nanti
termasuk yang bersubahat

aku pun ada dengar baru ni kat kampung aku
tanah orang kampung diambil oleh si polan (dah meninggal pon)
sekeliling tu semua jadi hak milik anak cucu dia
apa punya manusia lah
semoga tersepit tanah kat dalam sana

liesa10987 Publish time 26-4-2024 07:51 AM

PTG tempat paling subur rasuah dari atas sampai bawah. Dulu pun family iols kene mcm ni. Nasib sempat intervene. Tiba2 ada nama stranger kene tambah dalam geran..Best ke makan duit haram?

nuril86 Publish time 26-4-2024 08:01 AM

panasla bontot2 staff2 PTG tu... kena siasatla...

Hessa Publish time 26-4-2024 09:09 AM

saja share skit, arwah abah i kerja pejabat tanah dulu. lepas i dh lahir besar sikit, arwah berhenti. buat business kecil2 an. alhamdulillah survived ke akhir hayatnya. tak lupa cerita arwah, pernah ada cina rasuah arwah rm24000 dalam lewat 70an camtu, menggigil kakinya. waktu tu terus ingat arwah nenek (mak abah). katanya setiap pagi nenek selalu pesan, kerja baik2 (yg dia faham kerja baik2 tu mcm ni lah) antaranya jgn ambik rasuah, yg bukan hak kita. jgn aniaya org. kata arwah abah i, dalam kalangan kawan2 dia yg kerja pejabat tanah, (ini lepas dah berpuluh tahun lah ye..kawan2 arwah ada pencen semua) abah i kata dia yg miskin harta. waktu tu i kata takpe, yg penting dia sihat dan hidup nya baik2 aje walau tak kaya raya.itu lebih penting.

mawarputih2612 Publish time 26-4-2024 09:12 AM

jabatan t*nah ni kat mana2 negeri pun sama.
servis slow

Hessa Publish time 26-4-2024 09:22 AM

Fazzbulous replied at 26-4-2024 06:19 AM
leeee...u bru tau kee..dlm byk2 pjbg gomen,pjbt tnh yg ptot sprm check skli...check semua staff2.. ...

ye sewajarnya patut diaudit setiap tahun. kalau kat universiti setiap semester. setahun ada 2 semester. 2 kali audit.yg SIRIM tu setahun sekali saja, tp sebelum SIRIM tu dtg dgn audit2 yg lain. apa lagi agensi 'berisiko' mcm ni.

laksmanabentan Publish time 26-4-2024 09:25 AM

awex^returns replied at 26-4-2024 07:50 AM
sesiapa yang curi hak milik oang ni, jawablah kat akhirat nanti
termasuk yang bersubahat



sama la kat kampung aku tuh....

ada sorang nenek tu takde anak...
bila nenek tu meninggal bukan tanah tu jatuh kat adik beradik nenek tu...
tiberrrrr ada sorang cucu kata dia bela nenek tu dan nenek tu da jual kat dia....
bila tanya duit jual tanah tu mana... dia kata itu duit makan setiap hari nenek tu dia sediakan...
hahahahhahaa...

harap2 keluarga tu sempit ler masuk kubur..
tiap2 kali raya bukan nak minta maaf
tapi bahas tanah tak habis2....

awex^returns Publish time 26-4-2024 09:28 AM

laksmanabentan replied at 26-4-2024 09:25 AM
sama la kat kampung aku tuh....

ada sorang nenek tu takde anak...


yang miskin pon macam tu apa lagi yang kaya raya

ni open secret lah eh aku rasa... puak selatan tu pun
banyak tanah kat negeri tu derang sebat atas alasan hakmilik kerajaan
ramai penduduk kampung yang mengeluh katanya
pantang berkenan semua hakmilik kerajaan

jawablah kat sana nanti

rosevelvet Publish time 26-4-2024 09:30 AM

ezacbee replied at 26-4-2024 02:50 AM
Klo retis laju je.. sampai MB masuk campur.. klo org kita hmmmm..

Pastu bila retis cerai berai, khalwat mula la merempan. Org biasa pun ramai cerai berai khalwat tp retis je yg kena kutuk. Fakoff

Farnor Publish time 26-4-2024 09:30 AM

Menakutkan lah ada baca berapa kes ini yg mencuri n merebut tanah org lain tanpa pengetahuan si pemilik walaupun ada bukti geran tanah. Celaka betul orang macam ini

Login_ID Publish time 26-4-2024 09:36 AM

mawarputih2612 replied at 26-4-2024 09:12 AM
jabatan t*nah ni kat mana2 negeri pun sama.
servis slow

service slow dan suka2 hati apply tanah orang kampung

opie5662 Publish time 26-4-2024 09:38 AM

ezacbee replied at 26-4-2024 02:50 AM
Klo retis laju je.. sampai MB masuk campur.. klo org kita hmmmm..

Tanah mak aku dlu pon MB masuk campur jgk. Cume org tatau la. Tp mmg kene buat report. Tanah dkt serdang. Keje org pejabat tanah. Naik court bagai la masa tu. Tp alhamdulillah dpt balik. Now dah jadi MEX dah .hahahahah. Kalau x untung la tuan tanah kedaung tu
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Tanah Keluarga Ammar Baharin kena Curi


ADVERTISEMENT