sfhzuraz Publish time 25-4-2024 06:20 PM

Buka semula pintu masuk Kuala Perlis-Satun rancakkan ekonomi setempat

Buka semula pintu masuk Kuala Perlis-Satun rancakkan ekonomi setempat
OlehROSLINDA HASHIM

25 April 2024 05:51pm









https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2024/04/25/2627284.jpg
Cadangan pembukaan semula kawasan sempadan Kuala Perlis dan Wang Kelian dalam perhatian dan tindakan lanjut KDN.



KANGAR - Pembukaan semula pintu sempadan laut Malaysia-Thailand membabitkan Kuala Perlis-Satun masih dalam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Exco Infrastruktur dan Pengangkutan Awam, Hubungan dan Kerjasama Sempadan, Penyelarasan Penguatkuasaan Bersepadu negeri, Izizam Ibrahim berkata, pembukaan semula pintu sempadan antarabangsa itu sudah disuarakan beberapa kali termasuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurutnya, hasil perbincangan menunjukkan maklum balas positif terutama selepas kajian berkaitan dilakukan.
“Kita sudah bincang berkaitan pintu sempadan Kuala Perlis, dalam proses pembukaan semula.


“Dalam usaha menggerakkan aktiviti ekonomi kawasan sempadan, kerajaan negeri telah mohon kepada kerajaan Persekutuan melalui mesyuarat jawatankuasa penyelarasan kawasan sempadan negara (JPSN) termasuk dalam mesyuarat membabitkan menteri besar/ketua menteri Februari lepas.
“Kita mohon agar berikan pertimbangan cadangan pembukaan semula kawasan sempadan Kuala Perlis dan Wang Kelian, yang kini dalam perhatian dan tindakan lanjut KDN,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini pada Khamis.
Izizam berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Abu Bakar Hamzah (Bersatu-Kuala Perlis) mengenai cadangan pembukaan semula pintu sempadan Kuala Perlis-Satun kepada orang ramai serta promosi Tahun Melawat Perlis 2024-2025 melalui pintu sempadan Kuala Perlis.
Menurutnya, kerajaan pusat melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) melakukan kajian impak sosial ekonomi berkaitan pembangunan gerbang antarabangsa baharu Kuala Perlis-Satun agar ia dapat merancakkan ekonomi setempat.

“Kajian peringkat akhir itu dimuktamadkan pada hujung Mac. Kerajaan negeri dan Bahagian Perancang Ekonomi Perlis (BPEN) terlibat secara langsung sebagai jawatankuasa teknikal dan jawatankuasa pemandu dalam kajian tersebut,” ujarnya.
Izizam berkata, berdasarkan perancangan projek berkenaan mampu tingkatkan ekonomi negeri dan pelancongan selain memberi limpahan pendapatan kepada rakyat sekitar.
“Sempadan Kuala Perlis dibuka untuk aktiviti perdagangan sejak 1993, namun untuk kegunaan penumpang tiada aktiviti disebabkan tiada kelulusan oleh agensi berkaitan.
“Selain pembukaan semula pintu Kuala Perlis-Satun, beberapa projek strategik dibangunkan bagi merancakkan ekonomi kawasan sempadan antaranya Chuping Valley Industrial Area dan pembangunan Wang Kelian serta pembangunan infrastruktur sokongan Perlis Inland Port (PIP) untuk tingkatkan taraf hidup penduduk,” ujarnya.
Menurutnya lagi, cadangan melanjutkan operasi pintu sempadan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar sehingga jam 12 tengah malam berbanding 10 malam ketika ini, belum mendapat maklum balas dan perbincangan akan diteruskan bersama KDN.
“Ini termasuk cadangan supaya pintu sempadan Malaysia-Thailand di ICQS Wang Kelian dapat dibuka sehingga 8 malam berbanding hanya 7 malam ketika ini. Perbincangan juga akan menjurus kepada menjadikan ia sebagai ‘free flow’ dan di peringkat perhatian KDN,” ujarnya.
Buka semula pintu masuk Kuala Perlis-Satun rancakkan ekonomi setempat - Sinar Harian

Pages: [1]
View full version: Buka semula pintu masuk Kuala Perlis-Satun rancakkan ekonomi setempat


ADVERTISEMENT