sfhzuraz Publish time 25-4-2024 04:55 PM

'Jika anak saya terbukti bersalah, hukumlah dia' - MB Perlis

'Jika anak saya terbukti bersalah, hukumlah dia' - MB Perlis


Oleh Aizat Sharif - April 25, 2024 @ 4:39pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/gulun_1714034342.jpg
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, ketika berucap menggulung perbahasan dalam DUN Perlis hari ini




KANGAR: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, terbuka untuk anaknya disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya berkaitan pemalsuan dokumen untuk tuntutan palsu berjumlah RM600,000 menerima hukuman seandainya terbukti bersalah dalam hal berkenaan.
"Ini adalah ujian yang sedang saya hadapi dan jika anak saya (terbukti) bersalah, maka hukumlah dia kerana saya sudah beri pendidikan dan ilmu termasuk juga pegawai saya di mana saya selalu berpesan mengenai perkara ini dan jika terbabit juga, saya sudah habis ikhtiar.
"Namun, apa pun saya tidak ada rasa gundah gulana dan saya juga tidak ada sebarang prasangka terhadap SPRM sehingga habis siasatan mereka," katanya ketika berucap dalam ucapan penggulungan Penggal Persidangan Kedua, Mesyuarat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke 15 di Kompleks DUN Perlis, di sini hari ini.
Mohd Shukri mengakui kelemahannya dalam pentadbiran negeri disebabkan dirinya terlalu baik dan meletakkan kepercayaannya kepada semua orang.
"Memang, kelemahan saya dalam pentadbiran terlalu baik dan percaya semua orang saya beri kebebasan tetapi harus diingat tidak siapa kebal undang-undang termasuklah saya.
"Malah salah seorang yang disiasat itu adalah anak saya dan pada pagi (SPRM) datang, mereka geledah rumah saya (di Sungai Padang) kemudian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) tempat saya asuh anak-anak dan kemudian bawa anak saya pergi untuk direman.
"Dalam hal ini juga, sekali lagi saya tegaskan bahawa saya terbuka di mana dalam ucapan sidang DUN sebelum ini juga, saya ada katakan bahawa pejabat saya buka 25 jam (setiap masa) sehari untuk pemeriksaan SPRM kerana saya tidak mahu berlaku sebarang penyelewengan dan biarlah ia dalam keadaan bersih dari unsur tidak baik," katanya.
Mohd Shukri turut menjelaskan bahawa Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM kini sedang giat melakukan pemeriksaan di setiap Pusat Khidmat DUN di negeri Perlis pada waktu ini.
"Saya difahamkan mereka (SPRM) sudah ke Kuala Perlis dan berkemungkinan akan ke tempat lain pula selepas ini, tak tahulah.
"Tidak mengapa kita akan tetap membuka pintu kepada mereka (SPRM) dan diharapkan selepas ini tidak adalah lagi perkara ini terjadi lagi di negeri ini," katanya.
Terdahulu SPRM Putrajaya menyambung tempoh reman selama sehari lagi sehingga esok terhadap anak Menteri Besar Perlis dan empat lagi suspek yang ditahan berhubung siasatan pemalsuan dokumen dalam membuat tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Sambungan tempoh reman itu dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor di Mahkamah Majistret Kangar selepas tempoh asal reman kesemua suspek tamat pada hari ini.
Sumber SPRM berkata, dalam masa yang sama juga, seorang daripada enam suspek yang bertugas sebagai pembantu teknik di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dipercayai berusia 20an yang ditahan semalam sudah pun dibebaskan hari ini.
Ia membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaikpulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 hingga hari ini di mana menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.
'Jika anak saya terbukti bersalah, hukumlah dia' - MB Perlis (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: 'Jika anak saya terbukti bersalah, hukumlah dia' - MB Perlis


ADVERTISEMENT