hatilara Publish time 25-4-2024 04:26 PM

Norjuma didakwa cederakan 3 individu, lakukan khianat

Kuala Lumpur: Usahawan tudung, Norjuma Habib Mohamed didakwa di empat Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan iaitu mencederakan tiga individu dan melakukan khianat, tujuh tahun lalu.Bagaimanapun, bekas personaliti televisyen berusia 44 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas lima pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan, Amira Abd. Aziz, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim."Tidak (mengaku bersalah)," katanya ringkas.Mengikut tiga pertuduhan mendatangkan kecederaan, Norjuma didakwa mencederakan seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram dengan menendangnya di bahagian betis kiri di sebuah pusat tuisyen di Brickfields di sini pada jam 3 petang, 29 Mac 2018.
[*]







Wanita itu turut didakwa dengan sengaja mencederakan seorang lelaki, Mohd Afiq Ismail, 34, di sebuah premis perniagaan di Menara Atlan, Jalan Ampang, di sini pada jam 8.43 malam, 21 Februari 2017.
Norjuma juga didakwa menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini pada jam 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.Kesemua pertuduhan mendatangkan cedera didakwa mengikut Sesyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-dua sekali.Sementara itu Norjuma turut didakwa atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar masuk dan kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah kondominium di lorong Ampang 2 Taman U-Thant, di sini pada jam 7.44 malam, 28 Julai 2023.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harvind Raja Gopal, Hamizah Hisan dan Vivian Yeap Jie Xi manakala Norjuma diwakili peguam Izzat Amir.Mahkamah menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.



dani-rox Publish time 25-4-2024 04:30 PM

ganasnya mengalahkan gorila betina

sharlenetexas Publish time 25-4-2024 04:31 PM

Adakah akan keluar kad?


prettyuglybabe Publish time 25-4-2024 04:48 PM

kena dakwa jugak ye..
ingatkan kebal :lol:

azimie Publish time 25-4-2024 04:54 PM

wanita elegant hangguk dia :lol:

cmf_premierleag Publish time 25-4-2024 05:03 PM

Ada aku tgk gambo anak2 dia yg katanya ASET NEGARA tu....sume dah jd anak bujang...elok je dibawah jagaan bapak diorg
Btw, jumanji x pi ke wedding mateen anisha tu...konon2 katanya anak tiri;P ke hang delulu jah

black_handbag Publish time 25-4-2024 05:06 PM

ganas rupanya perempuan ni. nampak je lembut ayu bertudung. tapi perangai menendang menampar orang mmg kurang ajar

aku anggap betina kurang ajar la kalau kejenya asik mengamuk tampar tendang org sesuka hati. tak reti hormat manusia lain

ifanonline Publish time 25-4-2024 05:07 PM

hantar ke gaza

Noraniza_Iblis Publish time 25-4-2024 05:08 PM

dh layak masuk hospital gile die ni

I.K.A888990 Publish time 25-4-2024 05:12 PM

acah kuat sgt je pompuan ni

mizzmimi Publish time 25-4-2024 05:13 PM

Lump sum ke dakwa ni.. kes tahun 2018, 2017, 2021.. langgar palang 2023..

mizzmimi Publish time 25-4-2024 05:14 PM

cmf_premierleag replied at 25-4-2024 05:03 PM
Ada aku tgk gambo anak2 dia yg katanya ASET NEGARA tu....sume dah jd anak bujang...elok je dibawah j ...

Tengok kat mana kaka?

dani-rox Publish time 25-4-2024 05:18 PM

ingat lagi adegan kat pagar rumah bekas laki :lol:

https://i.makeagif.com/media/10-08-2016/TEoIwl.gif

otai_g Publish time 25-4-2024 05:28 PM

Apa Kes ni? Da kuat sgt ke? X sedar ke diri tu perempuan? Sekali pak guard Nepal tu terajang ko jatuh peranakan. Blh je pak guard Nepal tu nak buat atas alasan mempertahankan diri

Thunderclouds Publish time 25-4-2024 05:33 PM

dani-rox replied at 25-4-2024 05:18 PM
ingat lagi adegan kat pagar rumah bekas laki

Di sangka permata, rupanya kaca:lol:
Arwah tun mesti nyesal xsudah amik wat menantu semata² xmahu mak jan acik normalas.
Gila ghopernya betina ni:lol::lol:

dani-rox Publish time 25-4-2024 05:46 PM

Thunderclouds replied at 25-4-2024 05:33 PM
Di sangka permata, rupanya kaca
Arwah tun mesti nyesal xsudah amik wat menantu semata² xmahu ...
Tapi Nekmah makjan jugak, bole jer diterima masuk korga. Apa hina sgt ke aciknormalas di mata Tun? btw se-villain2 nekmah belum pernah lagi ada kes assault ke atas marhaen bertubi2 mcm nih. :lol:

sukacactus Publish time 25-4-2024 05:50 PM

Semoga dia pohon kad OKU kalau nak berterusan perangai begini

krustykrab Publish time 25-4-2024 05:52 PM

Dia ni dgn fathia mcm sama je penyakit. Sian kan muka cantik tp gila:lol:
Apa ye sbb jadi mcm ni? Tuhan bg hidup yg perfect dari segi rupa & harta.

Firenzza Publish time 25-4-2024 05:58 PM

Suma disepak terajang? Kot ataih katil x pueh mau kena tendang tok laki terperosok bwh katil

bottombikini Publish time 25-4-2024 06:22 PM

dani-rox replied at 25-4-2024 05:46 PM
Tapi Nekmah makjan jugak, bole jer diterima masuk korga. Apa hina sgt ke aciknormalas di mata Tun?...

nekmah tak buat sendiri noks
dia upah org
itu pun tak clean :lol:
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Norjuma didakwa cederakan 3 individu, lakukan khianat


ADVERTISEMENT