watachiwa Publish time 25-4-2024 03:38 PM

Norjuma didakwa tendang, cakar dan tampar tiga individu

https://assets.bharian.com.my/images/articles/bh21juma_1714030042.jpg
Oleh Suraya Roslan - April 25, 2024 @ 3:27pmbhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Usahawan tudung, Norjuma Habib Mohamed didakwa di empat Mahkamah Majistret di sini hari ini atas lima pertuduhan mencederakan tiga individu dan melakukan khianat, tujuh tahun lalu.Bagaimanapun, bekas personaliti televisyen berusia 44 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Majistret Illi Marisqa Khalizan, Amira Abd. Aziz, Fatin Dayana Jalil dan Noor Elynna Hanim Abd Halim."Tidak (mengaku bersalah)," katanya ringkas.Mengikut tiga pertuduhan mendatangkan kecederaan, Norjuma didakwa mencederakan seorang pengawal keselamatan lelaki warga Nepal, Neupane Tika Ram dengan menendangnya di bahagian betis kiri di sebuah pusat tuisyen di Brickfields di sini pada jam 3 petang, 29 Mac 2018.Wanita itu turut didakwa dengan sengaja mencederakan seorang lelaki, Mohd Afiq Ismail, 34, di sebuah premis perniagaan di Menara Atlan, Jalan Ampang, di sini pada jam 8.43 malam, 21 Februari 2017.Norjuma juga didakwa menampar pipi dan mencakar tangan Nur Solehah Rosli, 31, di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini pada jam 10.30 pagi, 18 Oktober 2021.Kesemua pertuduhan mendatangkan cedera didakwa mengikut Sesyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda tidak melebihi RM2,000 atau kedua-dua sekali.Sementara itu Norjuma turut didakwa atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang keluar masuk dan kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah kondominium di lorong Ampang 2 Taman U-Thant, di sini pada jam 7.44 malam, 28 Julai 2023.Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali.Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Harvind Raja Gopal, Hamizah Hisan dan Vivian Yeap Jie Xi manakala Norjuma diwakili peguam Izzat Amir.Mahkamah menetapkan 27 Jun ini untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.

nisako Publish time 25-4-2024 04:13 PM

ape masalah juma ni.... huhuuu

tri-max Publish time 25-4-2024 04:33 PM

wow... ada masalah anger management ni
muka lawo dah, perangai tak seiring

babynina30 Publish time 25-4-2024 04:36 PM

Ex laki dh nikoh ke blom ?

agydeyn Publish time 25-4-2024 04:40 PM

babynina30 replied at 25-4-2024 04:36 PM
Ex laki dh nikoh ke blom ?

udah nikah baru dah

prettyuglybabe Publish time 25-4-2024 04:51 PM

parking..

watachiwa Publish time 26-4-2024 08:58 AM

babynina30 replied at 25-4-2024 04:36 PM
Ex laki dh nikoh ke blom ?

dah kawen dgn ummah yindon

watachiwa Publish time 26-4-2024 08:59 AM

Edited by watachiwa at 26-4-2024 09:04 AM

anak dia yg sulong umo berapa dah?
https://justkhai.com/blog/wp-content/uploads/2007/02/juma2.jpg
gambar throwback mudo2

neve4881 Publish time 26-4-2024 09:03 AM

kes 7 thn lalu ni yg sama tahun dgn adik foremer tu kan? yg adik nya kije tuk setelkn isu gst tu? :o

watachiwa Publish time 26-4-2024 09:05 AM

neve4881 replied at 26-4-2024 09:03 AM
kes 7 thn lalu ni yg sama tahun dgn adik foremer tu kan? yg adik nya kije tuk setelkn isu gst tu?

rasernya kan.
lama betol kan ke sebab dia x gi court?

epal_putih Publish time 26-4-2024 09:21 AM

ending nya begini
siyan pula
tudung2 dia tu cantik dan lasak jerrrr

bioessence Publish time 28-4-2024 11:39 AM

Tudung dia evergreen di minati
Dia sebalik nya

rotiboy Publish time 28-4-2024 09:10 PM

bipolar ke?:L

bioessence Publish time 29-4-2024 03:27 PM

Betul kata nya gossip dgn SB
Mengganas bila tidak di nobat sebagai isteri

xAthenax Publish time 29-4-2024 03:51 PM

bioessence replied at 29-4-2024 03:27 PM
Betul kata nya gossip dgn SB
Mengganas bila tidak di nobat sebagai isteri

maksudnya dia jadi plaything saja ke?
ke sah nikah tapi tak diiktiraf?

watachiwa Publish time 29-4-2024 04:08 PM

bioessence replied at 29-4-2024 03:27 PM
Betul kata nya gossip dgn SB
Mengganas bila tidak di nobat sebagai isteri

kalo betol mmg dia hangen la. sbb dgn AMH dia velagak x hengat zmn nak kawen dgn tokjim

bioessence Publish time 30-4-2024 04:04 PM

xAthenax replied at 29-4-2024 03:51 PM
maksudnya dia jadi plaything saja ke?
ke sah nikah tapi tak diiktiraf?

Maybe nikah kot Yg dia tergila2kan gelaran che puan bongsu. Tak dapat Le tu dia geram...ish susah kalau too ambitious in life. Perasan she's terpaling

Heydidle Publish time 1-5-2024 02:52 AM

bioessence replied at 29-4-2024 03:27 PM
Betul kata nya gossip dgn SB
Mengganas bila tidak di nobat sebagai isteri

Mengganas ya haha
Ohh sbb x naiktaraf ke, ingatkan sbb divorced dgn nazim

Heydidle Publish time 1-5-2024 02:53 AM

watachiwa replied at 29-4-2024 04:08 PM
kalo betol mmg dia hangen la. sbb dgn AMH dia velagak x hengat zmn nak kawen dgn tokjim

Dgn AMH pun dia berkonflik ke? Ingat dgn kak mala je sbb rebut tokjim..

xAthenax Publish time 1-5-2024 06:38 PM

Heydidle replied at 1-5-2024 02:53 AM
Dgn AMH pun dia berkonflik ke? Ingat dgn kak mala je sbb rebut tokjim..

aiyo teruk dia konflik dengan AMH. Sekali SB ambik AMH jadi bini
gila terus ;P
Pages: [1] 2
View full version: Norjuma didakwa tendang, cakar dan tampar tiga individu


ADVERTISEMENT