sfhzuraz Publish time 25-4-2024 11:28 AM

Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak

Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak



Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM2504ern_1714009796.jpg
NUR Qistina Afia (tengah) ketika menghadiri pengebumian ibunya, Noor Rahiza Anuar di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat, Yan. malam tadi. FOTO Zuliaty Zulkiffli




Yan: Tangisan anak bongsu kepada Bintara Muda TNL, Noor Rahiza Anuar, 6, sebaik melihat jenazah ibunya selamat dikebumikan malam tadi mengundang sebak orang ramai.
Kanak-kanak itu, Nur Qistina Afia Mohd Azinor dilihat tidak berhenti menangis sambil memanggil ibunya selepas mengetahui ibunya tidak akan kembali buat selama-lamanya.
Nur Qistina Afia ketika itu ditemani dua kakak iaitu pasangan kembar, Nur Qistina Auni dan Nur Qistina Awliya, 16, serta abangnya, Muhammad Qisti Afif, 15, serta ahli keluarga lain di Tanah Perkuburan Islam Masjid Haji Nyak Gam, Kampung Ruat di sini, malam tadi.
Sebaik melihat Nur Qistina Afia menangis teresak-esak dan memanggil ibunya, orang ramai yang hadir bertambah pilu hinggakan ramai yang turut mengalirkan air mata.
Beberapa ahli keluarga dilihat cuba menenangkan kanak-kanak itu, namun Nur Qistina Afia tidak dapat kesedihan seakan-akan mengerti ibunya pergi mengadap Ilahi.
Suasana di tanah perkuburan itu bertukar sepi apabila Nur Qistina Afia membacakan beberapa surah ringkas termasuklah surah Al-Fatihah untuk arwah ibunya.
Sebaik mendengar bacaan Nur Qistina Afia, ahli keluarga, saudara, rakan, penduduk setempat terdiam sebelum bersama-sama mengaminkan doa terbabit.
Turut mengiringi jenazah iaitu bapa mereka yang juga suami Allahyarham, Mohd Azrinor Azizan, 40.
Bapa Allahyarham, Anuar Hassan, 70-an, yang uzur dan berkerusi roda juga menghadiri pengebumian anaknya di tanah perkuburan itu, malam tadi.
Noor Rahiza selamat dikebumikan pada 9.55 malam tadi berhampiran pusara ibunya, Ratipa Yahaya yang meninggal dunia pada Julai tahun lalu.
Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan serta penduduk turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir, malam tadi, termasuk pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).


Disiarkan pada: April 25, 2024 @ 9:50am
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak (hmetro.com.my)




Pages: [1]
View full version: Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak


ADVERTISEMENT