mattzzx Publish time 25-4-2024 11:07 AM

Inovasi Bomba Besut mudahkan operasi pemadaman kebakaran di lokasi terpencil

https://assets.bharian.com.my/images/articles/treler_1714013815.jpg
Petugas Balai Bomba dan Penyelamat Besut bersama jentera mini water trailer yang dihasilkan mereka untuk bantu operasi pemadaman kebakaran di lokasi sukar dimasuki jentera FRT.

BESUT: Kreativiti anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut membolehkan mereka menghasilkan sebuah jentera mini 'water trailer' bagi membantu kerja memadam kebakaran di lokasi terpencil yang hanya boleh dimasuki kenderaan pacuan empat roda.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Besut, Muhammad Azrul Izzham Zulkifli, berkata penggunaan jentera 'water trailer' yang dihasilkan menerusi kerja penyelidikan dan pembangunan selama tiga minggu, membantu mereka menangani isu kebakaran di lokasi sukar dimasuki jentera Fire Rescue Tender (FRT) pasukan.

Katanya, jentera itu dilengkapi tangki air berkapasiti 1,000 liter, pam berkapasiti tinggi serta pam tekanan tinggi yang diubah suai bagi menghasilkan pancutan air mengikut keadaan ketika proses pemadaman kebakaran.

"Idea menghasilkan jentera mini ini timbul ketika operasi program khidmat masyarakat (CSR) membantu penduduk terjejas bekalan air sekitar kawasan Bukit Keluang di Dewan Undangan Kota Putera pada awal tahun ini.


"Seramai tiga anggota diperlukan untuk menggerakkan jentera mini ini menggunakan pacuan empat roda masuk ke lokasi kebakaran serta kebakaran hutan berskala kecil," katanya ketika ditemui di Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut , di sini, hari ini.

Muhammad Azrul Izzham berkata, inovasi itu menggunakan barangan terpakai hasil sumbangan warga BBP Besut, pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan pihak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

"Kami terpaksa mencari alternatif serta kaedah lain untuk memadam kebakaran kerana ketika cuaca panas kebarangkalian kes kebakaran hutan dan belukar meningkat lebih lima kes sehari.

"Hasil kerjasama pelbagai pihak ini juga dapat membantu memudahkan operasi pemadaman serta mengurangkan kemusnahan harta benda akibat kebakaran," katanya.

Beliau berkata, jentera mini ini juga turut berfungsi sebagai jentera sokongan ketika berlaku kes kebakaran di lokasi berlainan pada satu masa.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/04/1238956/inovasi-bomba-besut-mudahkan-operasi-pemadaman-kebakaran-di-loka
Pages: [1]
View full version: Inovasi Bomba Besut mudahkan operasi pemadaman kebakaran di lokasi terpencil


ADVERTISEMENT