mattzzx Publish time 25-4-2024 11:02 AM

EPL: Chelsea lakukan ‘jenayah’ jika pecat Pochettino

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/POCHETTINO.jpg
POCHETTINO berdepan kesukarannya untuk membentuk skuad Chelsea yang benar-benar sempurna pada musim pertamanya di Stamford Bridge. - AFP

LONDON – Pengkritik bola sepak England, Rio Ferdinand memberi amaran kepada Chelsea bahawa keputusan memecat pengurus mereka, Mauricio Pochettino selepas satu musim adalah satu ‘jenayah’.

Menurutnya, Pochettino yang diberikan kontrak selama dua tahun di Stamford Bridge selepas menyertai pasukan itu pada musim lalu perlu diberikan masa untuk membentu skuad Chelsea yang benar-benar terbaik.

Pengurus berusia 52 tahun itu mendapat sokongan penuh kelab pada jendela perpindahan lalu, namun berdepan kesulitan untuk mendapatkan aksi konsisten daripada para pemain mudanya dan terpaksa akur mengakhiri musim ini tanpa sebarang gelaran.

Ferdinand percaya Chelsea dipenuhi pemain yang berbakat dan hanya menunggu masa untuk benar-benar bersinar selain menolak dakwaan pemecatan Pochettino serta pelantikan pengurus baharu akan mengubah nasib pasukan itu serta merta.

“Saya fikir mereka melakukan ‘jenayah’ jika memecat Pochettino. Potensi yang mereka miliki ketika ini sangat luar biasa. Mereka memiliki akademi yang menakjubkan, sangat bekerja keras cuma memberikan masa semusim buat Pochettino untuk melakukan semua tugas dan mendapatkan hasil segera adalah tidak masuk akal.

“Saya fikir Pochettino perlu diberikan masa untuk membina asas bola sepak di kelab itu. Kekurangan mereka ketika ini mungkin isu disiplin di padang, situasi penalti, tetapi mereka sedang membetulkannya.

“Pengurus perlu memikirkan cara terbaik untuk menghubungkan semua sumber yang mereka ada, bukan sekadar taktikal, tetapi membentuk budaya dalam kalangan pemain baharu dan staf. Ia bukanlah kerja yang boleh dilakukan dalam satu malam,” katanya.

Legenda Chelsea, Joe Cole juga senada dengan Ferdinand apabila mengakui kelab itu akan menanggung kekesalan sekiranya membuat keputusan memecat pengurus berkenaan walaupun prestasi musim ini dianggap sangat teruk. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04/25/epl-chelsea-lakukan-jenayah-jika-pecat-pochettino/
Pages: [1]
View full version: EPL: Chelsea lakukan ‘jenayah’ jika pecat Pochettino


ADVERTISEMENT