mattzzx Publish time 25-4-2024 10:36 AM

Lelaki maut, Y suku terbabas langgar pokok

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-25-at-9.06.27-AM.jpeg
Keadaan motosikal mangsa selepas merempuh sebatang pokok di Jambatan Toseng Sungai Batu, Jalan Kampung Toseng di Kuala Krai semalam. FOTO IHSAN POLIS

KUALA KRAI – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dia tunggang hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok di bahu jalan di Jambatan Toseng Sungai Batu, Jalan Kampung Toseng di sini semalam.

Dalam nahas kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia 20 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tercampak ke dalam sungai berhampiran.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, siasatan mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR sedang dalam perjalanan dari arah Kampung Jerek menghala ke Dabong, di sini.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal tersebut hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di bahu jalan.

“Kemalangan itu menyebabkan mangsa tercampak ke dalam sungai berdekatan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pembantu Perubatan Klinik Kesihatan Dabong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mazlan memberitahu, disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/25/lelaki-maut-y-suku-terbabas-langgar-pokok/
Pages: [1]
View full version: Lelaki maut, Y suku terbabas langgar pokok


ADVERTISEMENT