mattzzx Publish time 25-4-2024 10:27 AM

Tevez dibenar keluar hospital

https://assets.bharian.com.my/images/articles/tevaegwg43gsdd_1714006409.jpg
Bekas pemain Argentina, Carlos Tevez dibawa ke Hospital Trinidad di San Isidro selepas mengadu sakit dada. - Foto AGENSI

BUENOS AIRES: Bekas pemain Argentina, Carlos Tevez dibenar keluar hospital selepas menjalani pemeriksaan dada, kata kelab kendaliannya, Club Atletico Independiente.

Tevez yang mengumpul 76 penampilan untuk Argentina dan bermain sebagai penyerang bersama Boca Juniors, Manchester United, Manchester City serta Juventus, membimbing Independiente sejak Ogos 2023.

Dia dijangka akan kembali menyertai kelab berpangkalan di Buenos Aires itu hari ini.

"Carlos Tevez selesai menjalani pemeriksaan kesihatan dan dibenarkan keluar. Dia akan kembali ke rumahnya untuk berehat dan akan bersama pasukan dalam latihan esok," kata Independiente.


Menurut kelabnya, pengendali berusia 40 tahun itu dibawa ke Hospital Trinidad di San Isidro selepas mengadu sakit dada.

Tevez memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris bersama United dan satu ketika di Man City. Dia turut memenangi gelaran dua gelaran Serie A bersama Juventus.

Selepas bersara pada tahun 2021, Tevez membimbing kelab Rosario Central pada tahun 2022. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2024/04/1238916/tevez-dibenar-keluar-hospital
Pages: [1]
View full version: Tevez dibenar keluar hospital


ADVERTISEMENT