mattzzx Publish time 25-4-2024 10:23 AM

Atalanta, Juve berentap di final

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/SOCCER-ITALY-ATT-FIO_REPORT_1714006940.jpg
PEMAIN Atalanta meraikan kejayaan mara ke final Piala Itali.

Bergamo, Itali: Dua jaringan pada masa kecederaan membantu Atalanta menewaskan Fiorentina 4-1 pada aksi peringkat kedua separuh akhir Piala Itali dan mara ke final dengan agregat 4-2 awal pagi tadi.

Atalanta akan berdepan juara 14 kali Juventus pada final 15 Mei di Rom selepas skuad Massimiliano Allegri layak dengan agregat 3-2 ke atas Lazio walaupun tewas 1-2 pada separuh akhir kedua semalam.

Atalanta yang minggu lalu menyingkirkan Liverpool dalam aksi suku akhir Liga Europa mara ke final Piala Itali keenam mereka dengan kejuaraan tunggal diraih pada 1962-63.

Fiorentina menewaskan Atalanta 1-0 di tempat sendiri dalam aksi pertama awal bulan ini hasil jaringan pemain tengah Rolando Mandragora.


Bagaimanapun, skuad Gian Piero Gasperini pantas mengikat kedudukan apabila pemain tengah Teun Koopmeiners yang melepaskan diri daripada kawalan pertahanan Fiorentina merembat kencang ke penjuru gawang pada minit kelapan.

Fiorentina akhirnya menjaringkan gol penyamaan hasil tandukan pertahanan Lucas Martinez Quarta hasil sepakan percuma tetapi Gianluca Scamacca kembali mengikat kedudukan menerusi sepakan akrobatik.

Pemain gantian Ademola Lookman menjadikan kedudukan 3-1 pada masa tambahan sebelum Mario Pasalic meranapkan impian lawan dengan gol keempat sejurus sebelum tiupan wisel terakhir.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1083530/atalanta-juve-berentap-di-final
Pages: [1]
View full version: Atalanta, Juve berentap di final


ADVERTISEMENT