mattzzx Publish time 25-4-2024 10:18 AM

EPL: Keghairahan Arsenal sudah kembali

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/ARSENAL-9.jpg
ARSENAL terus bersemangat untuk mencabar kejuaraan EPL selepas berjaya membelasah Chelsea pada aksi derbi London awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Arsenal kembali bernafsu memburu takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membelasah musuh setempat, Chelsea 5-0 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Emirates awal pagi semalam.

Keputusan itu menyaksikan The Gunners berada di puncak liga ketika ini, sekali gus memberi tekanan kepada dua pencabar terdekat mereka, Liverpool dan Manchester City.

Satu gol menerusi Leandro Trossard selain masing-masing dua jaringan Ben White dan Kai Havertz terus menghidupkan peluang The Gunners untuk merealisasikan hasrat mereka menjadi juara musim ini.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan kemenangan tersebut memberikan lebih keyakinan kepada pemain-pemainnya bagi mengharungi baki empat perlawanan selepas ini yang dianggap cukup penting.

“Apa yang menggembirakan saya adalah pemain-pemain tahu apa yang perlu dilakukan setiap kali masuk ke dalam padang. Mereka sangat teruja, mungkin atas sebab itu kami dapat bermain seperti ini.

“Tugas saya hanyalah untuk meminta mereka fokus terhadap objektif kami musim ini. Saya perlu membuatkan mereka percaya dengan kemampuan diri untuk meneruskan cabaran sehingga ke garisan penamat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memuji aksi ditampilkan Havertz selepas bekas penyerang The Blues itu memainkan peranan cukup penting sepanjang perlawanan tersebut, termasuk dua gol yang dijaringkan.

“Dia menampilkan aksi yang cukup luar biasa dalam segala aspek hari ini (semalam). Dua gol yang dijaringkan membuktikan dia sentiasa memberikan sumbangan kepada pasukan apabila diperlukan,” ujar Arteta. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04/25/epl-keghairahan-arsenal-sudah-kembali/
Pages: [1]
View full version: EPL: Keghairahan Arsenal sudah kembali


ADVERTISEMENT