sfhzuraz Publish time 25-4-2024 07:50 AM

14 rumah di Baling terjejas akibat angin kencang

14 rumah di Baling terjejas akibat angin kencang


Zuliaty Zulkiffli


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM142504pot_1714001963.jpg
ANGGOTA APM Baling memotong dahan pokok yang menimpa rumah di daerah itu. FOTO Ihsan APM


am@hmetro.com.
Baling: Angin kencang di daerah ini, petang semalam, menyebabkan 14 rumah di empat mukim di sini terjejas dan mengalami kerosakan.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Abd Aziz berkata, mukim terbabit adalah Siong, Tawar, Bakai dan Teloi Kanan.
Beliau berkata, APM menerima aduan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada 6 petang.
"Seramai 15 petugas APM Baling kemudian bergegas ke lokasi dan bertindak membersihkan serta mengalihkan pokok tumbang yang menghalang lalu lintas serta pokok yang menimpa rumah mangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Faizol berkata, setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan membabitkan mangsa dalam kejadian itu.
Sehubungan itu katanya, orang awam dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika cuaca yang tidak menentu ketika ini.
"Selain itu kita turut menerima panggilan berhubung kes pokok tumbang di beberapa kawasan di daerah ini," katanya.


Disiarkan pada: April 25, 2024 @ 7:39am
14 rumah di Baling terjejas akibat angin kencang (hmetro.com.my)









Pages: [1]
View full version: 14 rumah di Baling terjejas akibat angin kencang


ADVERTISEMENT