sfhzuraz Publish time 25-4-2024 02:21 AM

'Demi Allah, saya dan isteri ikhlas pemergian anak' - Bapa Komander Muhammad Firdaus

'Demi Allah, saya dan isteri ikhlas pemergian anak' - Bapa Komander Muhammad Firdaus


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - April 24, 2024 @ 11:22pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo1713965173_1713972123.jpg
Ramli, 68, mencium keranda jenazah anaknya buat kali terakhir selepas tiba di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang untuk disolatkan dan diberi penghormatan terakhir. - Foto NSTP/MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Bapa kepada Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44, yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, semalam menyifatkan anak sulungnya itu sebagai wira negara dan wira buat keluarganya.
Ramli Abd Hamid, 68, berkata dia dan isteri reda dan mengikhlaskan pemergian Pegawai Memerintah Skuadron 503 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu sebagai takdir Ilahi.
Bapa kepada tujuh cahaya mata itu sempat mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam melancarkan urusan pengebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, sebentar tadi.
"Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terbabit juga kepada pemerintah, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pertahanan dan rakan-rakan di kampung.
"Terima kasih banyak-banyak kerana sayangkan keluarga saya, sayangkan anak saya. Demi Allah, saya dan isteri ikhlas pemergian beliau.
"Kerana beliau adalah wira bagi keluarga kami. Beliau wira negara dan wira buat anak Sungai Nibong. Saya bangga," katanya ketika ditemui pemberita di sini, malam ini.
Ramli sempat berterima kasih kepada petugas media yang membuat liputan dari awal hingga selesai pengebumian Allahyarham.
Media semalam melaporkan, dua helikopter iaitu model HOM (M503-3) membawa empat kru dan tiga penumpang dan Pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas selepas bergesel di udara di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi.
Kejadian itu mengorbankan semua mangsa yang ketika itu sedang menjalani raptai perbarisan Sambutan Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
Pesawat HOM-AW139 dilaporkan terhempas dalam kawasan Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas dekat kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.
'Demi Allah, saya dan isteri ikhlas pemergian anak' - Bapa Komander Muhammad Firdaus (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: 'Demi Allah, saya dan isteri ikhlas pemergian anak' - Bapa Komander Muhammad Firdaus


ADVERTISEMENT