sfhzuraz Publish time 24-4-2024 10:04 PM

Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat disemadikan

Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat disemadikan


Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - April 24, 2024 @ 9:38pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo1713962732_1713965909.jpg
Jenazah Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44, yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut di Perak, semalam tiba di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar, Pulau Pinang hari ini. - Foto NSTP/MIKAIL ONG




GEORGETOWN: Lebih 1,000 jemaah di Masjid Jamek Sungai Nibong Besar di sini, malam ini menunaikan solat jenazah Pegawai Memerintah Skuadron 503 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Komander Muhammad Firdaus Ramli yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, semalam.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Muhammad Firdaus, 44, selamat tiba dari Kem Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Tambun, Perak kira-kira jam 7.40 malam dengan orang ramai berpusu-pusu membanjiri pekarangan masjid itu sejak jam 5 petang tadi.
Jenazah Allahyarham sekali lagi diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM dan kemudiannya disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamek Sungai Nibong Besar yang terletak bersebelahan masjid itu, kira-kira jam 8.50 malam sebelum diakhiri dengan bacaan tahlil serta doa.
Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran ahli keluarga, rakan setugas, sahabat handai dan penduduk setempat untuk menziarahi serta mengiringi perjalanan 'pulang' Muhammad Firdaus ke negeri abadi.
Terdahulu, isteri Allahyarham, Soffiah Sadon, 42, sambil mendukung anak tunggal mereka, Muhammad Anas Muhammad Firdaus, 4, kelihatan menitiskan air mata ketika menerima dan mengucup Jalur Gemilang yang menutup keranda suaminya selepas istiadat pengebumian berakhir.
Allahyarham Muhammad Firdaus yang bertugas di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Sabah adalah anak sulung daripada tujuh beradik.
Yang turut hadir memberi penghormatan terakhir, pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TLDM termasuk Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Azhan Md Othman; Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, selain EXCO kerajaan negeri.
Media semalam melaporkan, dua helikopter iaitu model HOM (M503-3) membawa empat kru dan tiga penumpang dan Pesawat Fennec dinaiki tiga kru terhempas selepas bergesel di udara di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi.
Kejadian itu mengorbankan semua mangsa yang ketika itu sedang menjalani raptai perbarisan Sambutan Hari TLDM ke-90 yang dijadualkan berlangsung pada 3 hingga 5 Mei ini.
Pesawat HOM-AW139 dilaporkan terhempas dalam kawasan Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas dekat kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.
Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat disemadikan (bharian.com.my)





sfhzuraz Publish time 24-4-2024 10:34 PM

sqKkibep_o8?si=wA2AgOsBIRFSEn8X
Pages: [1]
View full version: Jenazah Komander Muhammad Firdaus selamat disemadikan


ADVERTISEMENT