CARI-HBZ Publish time 24-4-2024 09:11 PM

2 tan sampah jadi ‘teman’ hidup warga emas

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/24/211118a34wt22wrjgz0499.png



JOHOR BAHRU – Bau busuk dan mencemarkan pemandangan, tidak ubah seperti di tapak pelupusan sampah.


Itulah yang terpaksa dilalui oleh penduduk di Permas Jaya, di sini disebabkan sikap seorang warga emas yang suka mengumpul sampah termasuk sisa makanan, timbunan plastik, kotak dan tin.


Tabiat lelaki yang dipercayai mempunyai penyakit dipanggil Hoarding Disorder (Gangguan Penimbunan) semakin menjadi-jadi apabila rumahnya itu dipenuhi lebih dua tan sampah.


Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Baru Permas Jaya A, Habib Syed Sallilah Aasad berkata, lelaki itu yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya


Katanya, sikap ‘hoarder’ itu menyebabkan jiran tetangganya tidak selesa apabila terpaksa sentiasa menutup pintu dan tingkap kerana tidak tahan dengan bau busuk dan nyamuk yang banyak.


Menurutnya, bau busuk yang datangnya dari timbunan sampah yang dikumpul warga emas itu boleh dihidu dalam jarak 200 meter, hingga menjejaskan sambutan perayaan Aidilfitri baru-baru ini.


“Keadaan bertambah rumit apabila lelaki itu berkeras untuk membersihkan rumahnya walaupun Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mahupun SWCorp sudah mengambil tindakan sesuai,” katanya.


Pada 18 April lalu, seramai lima pekerja SWM Environment dengan menggunakan dua jentera iaiu jentolak dan sebuah lori roll-on roll-off (RORO) 16 tan membersihkan 2,200 kilogram sisa dari kediaman itu.


Sementara itu, Pengerusi Gerakan Belia 4B Negeri Johor, Mohd Khairul Azlan Sulong berkata, masyarakat perlu ada kesedaran terhadap kebersihan.


Sumber – KOSMO! ONLINE

sukacactus Publish time 24-4-2024 10:14 PM

Balcony nya tak siap ke tu, macam nak runtuh je

BoongaKertas Publish time 25-4-2024 08:48 AM

2200 kg sampah??? weh pakcik!

clueless_gamer Publish time 26-4-2024 02:38 AM

ni namanya hoarder syndrome.. sejenis sakit mental yang perlu dirawat, org tua byk sakit mcm ni, bila ditegur anak2 terus melenting tp dgn org luar dia tau malu plak.. so kena pakai org tengah kalau nak tegur baru jalan..

sangbara2020 Publish time 26-4-2024 10:39 AM

makna jiran buang sampah yg ada tu ke rumah dia je la...senang

Cassieopeia Publish time 26-4-2024 11:18 AM

anak2 xde ke mmg sebatang kara? kesian sebenarnya wlpn geram org mcm ni. moga jkm bwk pg rawatan la
Pages: [1]
View full version: 2 tan sampah jadi ‘teman’ hidup warga emas


ADVERTISEMENT