mattzzx Publish time 24-4-2024 04:23 PM

Tragedi helikopter TLDM: ‘Tuan Kechik’ cita-cita jadi tentera sejak kecil

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/PHOTO-2024-04-24-14-01-31.jpg?v=1713938756
Ramli tidak dapat menahan air mata ketika ditemui di luar kediamannya di Pantai Jerejak, Sungai Nibong, hari ini. Foto oleh NOOR HASLIZA NUSI/ KOSMO!

GEORGE TOWN – Ibu kepada Komander Muhammad Firdaus Ramli, 44, yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Indon Hussin, 67, tidak menyangka pertemuannya dengan anak sulungnya, Isnin lalu di Manjung, Perak adalah perjumpaan terakhir mereka.

Indon berkata, memang menjadi kebiasaan setiap bulan dia dan suaminya, Ramli Abd. Hamid, 68, akan ke rumah milik Muhammad Firdaus di Manjung selepas anaknya berpindah ke Sabah.

“Tiada perubahan ketara ketika kami bertemu. Dia seperti biasa sahaja, peluk saya dan suami sebelum kami pulang ke Pulau Pinang.

“Dia hanya pesan mama, bapa balik elok-elok, hati-hati,” katanya yang ditemui di rumah mereka di Pantai Jerejak di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.45 pagi semalam, seramai 10 kru dilaporkan terkorban dalam nahas dua helikopter TLDM yang berlanggar di udara sewaktu raptai sempena Hari TLDM ke-90

Menurutnya, mereka sempat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama Muhammad Firdaus pada raya ketiga dan keempat yang lalu di rumah anaknya itu.

Katanya, Muhammad Firdaus yang lebih dikenali sebagai ‘Tuan Kechik’ dalam kalangan rakan sekerja sememangnya bercita-cita untuk menyertai pasukan tentera sejak dari kecil lagi.

“Dia paling minat dengan pesawat pejuang, dia sebenarnya mahu menjadi juruterbang jet pejuang, namun dia menyertai TLDM kerana saiz badannya yang lebih kecil.

“Dengan rakan-rakan serta anak buah pun dia seorang yang amat baik, semua orang yang kami jumpa bercakap perkara yang baik mengenainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/24/tragedi-helikopter-tldm-tuan-kecik-cita-cita-jadi-tentera-sejak-kecil/

manehnya Publish time 24-4-2024 04:46 PM

sedeh la tgk bapak dia nagis.. huhu.. smoga dipermudahkan semua urusan,

yg ni ada isteri ka dak, sbb ada yg kata tak dak, ada yg kata ada
Pages: [1]
View full version: Tragedi helikopter TLDM: ‘Tuan Kechik’ cita-cita jadi tentera sejak kecil


ADVERTISEMENT