mattzzx Publish time 24-4-2024 04:21 PM

Terengganu kaya tiga eleman NR-REE dengan nilai komersial RM1 trilian

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/WhatsApp-Image-2024-04-24-at-2.17.34-PM.jpeg
Zaharuddin

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terenggganu disaran merangka pelan jangka sederhana dan panjang bagi memastikan sumber unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) memberikan pulangan hasil yang tinggi untuk negeri ini.

Zaharuddin Zahid (Pas-Bukit Tunggal) berkata, negara mempunyai simpanan yang besar bagi tiga elemen NR-REE di anggarkan berjumlah keseluruhan 15.2 juta tan metrik dengan nilai komersial RM1 trilion.

“Tiga element NR-REE yang banyak didapati di Terengganu, Kelantan, Perak, Pahang dan Kedah adalah praseodymium, neodymium dan dysprosium.

“Kesemua tiga elemen itu diperlukan dalam pembuatan magnet berkuasa tinggi yang menghasilkan motor elektrik untuk kegunaan kenderaan hibrid dan eletrik. Ia mendapat permintaan yang sangat tinggi pada masa sekarang,” katanya.l pada Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Zaharuddin berkata, menurut Prof. Madya Mohd. Yusri Mohd. Yunus dari Universiti Malaysia Pahang, NR-REE berkenaan dijangka boleh mencapai harga sehingga RM2 juta setiap tan metrik dengan nilai pasaran mencecah RM809.6 billion.

Tambah beliau, industri huluan iaitu perlombongan dan industri pertengahan iaitu pengabstrakan hanyalah sebahagian kecil berbanding dengan nilai rantaian keseluruhan.

“Begitupun ia amat penting untuk menyokong industri hiliran yang sangat bernilai tinggi,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04/24/terengganu-kaya-tiga-eleman-nr-ree-dengan-nilai-komersial-rm1-trilian/
Pages: [1]
View full version: Terengganu kaya tiga eleman NR-REE dengan nilai komersial RM1 trilian


ADVERTISEMENT