sfhzuraz Publish time 24-4-2024 03:52 PM

MB Perlis serah SPRM siasat penahanan anak

MB Perlis serah SPRM siasat penahanan anak


Oleh Aizat Sharif - April 24, 2024 @ 3:44pm bhnews@bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/photo1712124892_1713944624.jpg
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.




KANGAR: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli menyerahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan susulan penahanan anaknya berkait kes tuntutan palsu.
"Saya menyerahkan kepada budi bicara SPRM sepenuhnya (dalam siasatan ini), terima kasih.
"Saya tiada gundah gulana, esok saya jawab dalam Dewan (Undangan Negeri), itu sahaja setakat ini," katanya ringkas.
Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis berkata demikian ketika ditemui selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis ke-15 hari ini.
Terdahulu, media melaporkan anak kepada seorang Menteri Besar antara enam yang ditahan SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen dalam tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Turut ditahan, pegawai kanan kepada Menteri Besar Perlis
Semua tujuh individu berusia 27 hingga 37 ditahan di sekitar Perlis semalam sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar dan bagi mendapatkan perintah reman.
Difahamkan, penahanan berkenaan adalah berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 hingga hari ini.
MB Perlis serah SPRM siasat penahanan anak (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: MB Perlis serah SPRM siasat penahanan anak


ADVERTISEMENT