sfhzuraz Publish time 24-4-2024 02:30 PM

Imigresen Pulau Pinang siasat dakwaan wanita tempatan tidak dibenar perbaharui pasport

Imigresen Pulau Pinang siasat dakwaan wanita tempatan tidak dibenar perbaharui pasport


]Oleh Zuhainy Zulkiffli - April 24, 2024 @ 2:15pm bhnews@bharian.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/Nini_sendphoto_1713918755_1713939279.jpg
Tangkap layar tular mengenai kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini, yang didakwa tidak mahu memperbaharui pasport wanita tempatan kerana tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu. - FOTO TULAR




GEORGETOWN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang sedang menyiasat dakwaan bahawa kakitangannya enggan memperbaharui pasport seorang wanita warga tempatan yang tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu.
Dakwaan berkenaan tular di media sosial Facebook sejak Sabtu lalu, menerusi hantaran lelaki yang dipercayai anak kepada wanita terbabit, selepas mereka mendapatkan perkhidmatan itu di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar).​
Wakil jabatan itu berkata, terdahulu pihaknya sudah maklum mengenai dakwaan berkenaan.
"Kita sudah maklum dengan perkara itu dan siasatan sedang dijalankan. Sebarang kenyataan akan dimaklum kelak," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Menerusi hantaran berkenaan, lelaki terbabit mendakwa membawa ibu dan bapanya ke kaunter JIM itu bagi urusan pembaharuan pasport namun urusan bapanya tidak mempunyai masalah.
Bagaimanapun, kakitangan JIM di kaunter terbabit enggan memperbaharui dokumen ibunya berikutan hanya tidak tahu bertutur dalam Bahasa Melayu.
Lelaki berkenaan turut menerangkan bahawa ibunya tidak tahu bertutur dalam bahasa bahasa Melayu kerana tidak mempunyai wang bagi mendapatkan pendidikan namun kakitangan terbabit bertegas meminta ibunya datang semula pada hari lain bagi berjumpa dengan pegawai.
Semakan di Facebook mendapati hantaran berkenaan sudah dipadamkan namun kenyataan itu terus tular menerusi pelbagai halaman.
Imigresen Pulau Pinang siasat dakwaan wanita tempatan tidak dibenar perbaharui pasport (bharian.com.my)





Pages: [1]
View full version: Imigresen Pulau Pinang siasat dakwaan wanita tempatan tidak dibenar perbaharui pasport


ADVERTISEMENT