sfhzuraz Publish time 24-4-2024 12:31 PM

Jenazah Noor Rahiza akan dibawa ke rumah sebelum dikebumikan

Jenazah Noor Rahiza akan dibawa ke rumah sebelum dikebumikan

Oleh Zuliaty Zulkiffli - April 24, 2024 @ 12: 16pn @bh.com.my



https://assets.bharian.com.my/images/articles/bhnrahiza_1713932497.jpg
Allahyarhamah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang terkorban dalam nahas dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak semalam.



YAN: Jenazah Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar, 39, dijangka dibawa pulang ke rumahnya di Taman Perumahan Awam 2, Jalan Pantai Murni terlebih dahulu sebelum dikebumikan petang ini.
Abang sulungnya, Abdul Latif Anuar, 46, berkata jenazah adik ketiga daripada lima beradik itu dijangka tiba pada jam 4 petang ini.
Jenazah akan dibawa ke rumah bapa mereka itu untuk penghormatan terakhir oleh ahli keluarga termasuk bapa mereka, Anuar Hassan, 70-an.
"Jenazah akan dibawa ke Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Jalan Tambun, Ipoh (selepas selesai bedah siasat) untuk solat jenazah.
"Selepas itu, jenazah adik akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Masjid Kampung Ruat di sini, untuk dikebumikan selepas solat Asar, petang ini," katanya dihubungi hari ini.
Menurut Abdul Latif, suami Noor Rahiza, Azinor Azizan, 40-an masih berada di Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak menunggu urusan bedah siasat selesai.
Jenazah Noor Rahiza akan dibawa ke rumah sebelum dikebumikan (bharian.com.my)




manehnya Publish time 24-4-2024 03:20 PM

cantiknya aruah... smoga anak4 tabah kehilangan ibu
Pages: [1]
View full version: Jenazah Noor Rahiza akan dibawa ke rumah sebelum dikebumikan


ADVERTISEMENT