ultra78 Publish time 24-4-2024 12:08 PM

Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah

Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Oleh ZULHISHAM ISAHAK
24 April 2024 10:37am

SWM Environment melakukan kerja-kerja pembersihan di rumah warga emas di Permas Jaya, Johor Bahru.
JOHOR BAHRU - Seorang warga emas di Permas Jaya di sini tinggal dalam keadaan rumahnya menjadi ‘gudang’ sampah sarap sehingga menyebabkan gangguan dan ketidakselesaan kepada kejiranan mereka.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Baru Permas Jaya, A Habib Syed Sallilah Aasad berkata, rumah lelaki warga emas tersebut seakan tempat pelupusan sampah yang dipenuhi dua tan bahan buangan termasuk sisa makanan, timbunan plastik, kotak dan tin.

Keadaan timbunan sampah di pekarangan dan dalam rumah milik seorang lelaki warga emas di Permas Jaya, Johor Bahru, menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat.
Menurutnya, sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.

"Perbuatannya menjejaskan keselesaan jiran kerana terpaksa sentiasa menutup pintu dan tingkap tidak tahan bau busuk dan nyamuk yang banyak.

"Malah jirannya juga mengadu boleh menghidu bau busuk pada jarak kira-kira 200 meter sehingga menjejaskan sambutan perayaan.

"Apabila ditegur jiran, lelaki itu naik angin yang dibimbangi boleh menyebabkan gaduh selain dia menyatakan sanggup bayar kompaun pihak berkuasa," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau berkata, sebelum ini pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menawarkan bantuan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan tetapi lelaki itu menolaknya dengan alasan mahu membersihkan rumahnya sendiri.

Menurut A Habib, selepas itu pihaknya memberikan tempoh untuk berbuat demikian namun masih gagal memberi kerjasama sebelum SWM Environment menjalankan kerja-kerja pembersihan.

Susulan itu katanya, SWM Environment melakukan satu operasi pada Khamis melibatkan lima pekerja menggunakan jentolak dan sebuah lori roll-on roll-off (RORO) 16 tan membersihkan 2,200 kilogram sisa atau 2.2 tan dari kediaman itu.

"Kami mengenal pasti beberapa lagi rumah di kawasan ini yang turut dijadikan tempat pengumpulan sampah.

"Diharap pemilik rumah segera mengambil langkah bagi membersihkannya," katanya.

Omai Publish time 24-4-2024 12:34 PM

macam mana la jiran-jiran kau boleh bersabar ni orang tua

vanillaninja Publish time 24-4-2024 02:10 PM

Seksa jugak berjirankan hoarder ni. Unnecessary stress ya duduk rumah kalau gini keadaan kejiranan I.

Jitu Publish time 24-4-2024 02:20 PM

baler la :funk:

haruslah Publish time 24-4-2024 02:22 PM

Sita rumah boleh x?
Beliau keja ape?

SalenaGomez Publish time 24-4-2024 02:24 PM

Mesti stress kejiranan nya esp yg duk sebelah menyebelah. Bukan setakat bau busuk je, haiwan perosak mcm lipas tikus tu sure byk. Belum kira kalau ada anai2 ka :'(

I.K.A888990 Publish time 24-4-2024 02:58 PM

aduh seksanya yg jiran2 semua

green~tea Publish time 24-4-2024 03:16 PM

Hoarder ni petanda mental illness...

lightheaded67 Publish time 24-4-2024 03:17 PM

ego pulak tu mula mula tak bagi kemas

bbalik Publish time 24-4-2024 03:24 PM

ptt sodok ngn rangtua tu sekali

midori888 Publish time 24-4-2024 03:31 PM

mesti jiran2 rasa lega....

nw111 Publish time 24-4-2024 05:03 PM

Ada mental illness ni...kalau aku ni makin tua makin rasa nak humban barang2 dlm rmh...semak la byk brg and decorations ni...dulu2 i suka la gantung frames la hapa kat dinding..pastu byk la knick-knacks yg i collect utk mengumpul habuk..skrg ni semua dh kena humban...

Kancilkering Publish time 24-4-2024 05:05 PM

hoarder….

cmf_premierleag Publish time 24-4-2024 05:06 PM

Eloklah mampos segera jiran mcm ni
Mcm takde otak je smpi x bleh pikir psl keselesaan jiran2
Sudah2 la nk simpati kt org tua bodoh yg takde otak mcm kisah ni
Pages: [1]
View full version: Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah


ADVERTISEMENT