CARI-HBZ Publish time 24-4-2024 11:39 AM

“Mahu Tantrum Aliff Tengok..” – Syed Saddiq Selesa Dengan Anak Bella Astillah, Netizen Sokong Jika Bersama

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/24/113810ow646d3ntkshtkud.png





Sejak tularnya isu kontroversi yang melibatkan rumah tangga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah bersama suaminya, Aliff Aziz, ramai yang berpendapat aktres itu sepatutnya mencari pasangan lain yang lebih layak.


Susulan itu, tular di media sosial sebelum ini video yang dimuat naik di TikTok oleh adik Bella iaitu Didi Astillah melihatkan Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang sedang bermain dengan anak lelaki Bella, Ayden Adrean.


Dalam video tersebut, dapat dilihat Syed Saddiq mesra melihat anak Bella yang teruja bermain dengan kucing miliknya. Difahamkan video tersebut dirakam semasa mereka beraya di kediaman Bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut.


7357340010087042320


"Lebaran keempat, Ayden excited ada kucing di rumah Syed Saddiq, Bella Astillah tetap penakut sama kucing."


Bukan itu sahaja, melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong sekiranya mereka berdua ada hubungan bersama. Malah, ramai yang cuba mendoakan jodoh mereka selepas melihat Ayden selesa bersama Syed.


"Kami pangkah dalam kertas undi kalau kahwin Bella hahaha"

"Anak-anak Bella selesa dengan YB tu."


Untuk info, Bella Astillah dan Aliff Aziz telah sah bergelar suami isteri pada 9 September 2016. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata. Namun kini rumah tangga mereka mula goyah selepas Aliff ditangkap khalwat bersama aktres Ruhainies.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202404/24/113905r6kykfctkxtuukuk.png





SUMBER : TikTok/Beautifulnara

manehnya Publish time 24-4-2024 12:12 PM

lawa, tapi gila kt alep jugak

miss_perfect Publish time 24-4-2024 01:29 PM

Eh jijiknya netizen yang support diorang ni. Tau hukum hakam ke tidak?

KamikuP Publish time 24-4-2024 01:53 PM

Gigih netizen b40 suruh depa kawen apooo... Tak tau le penyakit apa yg alip bawak kot tersangkut kat bella.. ekekekekek

Wek_omeh2 Publish time 24-4-2024 01:56 PM

Kadang2 diaorang xde apa2 pon,setakat bergambar je tapi netz yg lebih2

cikatilia Publish time 24-4-2024 03:21 PM

asal bergambar aje dah kena nikah dah kenaperrrr

adeqbun Publish time 24-4-2024 03:31 PM

bangang masing2..die bini org lg woi..dh abes eddah korg nak shipkan pon sukati la..xkenal halal haram masing2

Aribaariba Publish time 24-4-2024 04:01 PM

Utk syed saddiq, tu pure manners being a politician. Utk hal kawen, dah tentu bukan dgn marhaen. Paling rendah pun study law n medical

Pujangga22 Publish time 24-4-2024 06:02 PM

syed saddiq nak limelight jer damage control

shark0175 Publish time 25-4-2024 10:14 AM

Saya menonton video ini, dan terharu melihat Syed Saddiq berhubung dengan anak Bella, Ayden. Kemesraan dan kemesraan tulennya menyerlah, mencipta detik yang indah. Wordle Unlimited

salimrock Publish time 25-4-2024 10:28 AM

untung la jadi janda cun, ramai nak bela nasib,


cuba bella ni berat badan 95kg + muka tak cun

mesti tak dpt pembelaan sebaik ni kan?

tidak_kelihatan Publish time 25-4-2024 10:34 AM

salimrock replied at 25-4-2024 10:28 AM
untung la jadi janda cun, ramai nak bela nasib,




kan:lol::lol::lol:

lilacomot Publish time 25-4-2024 11:56 AM

cbuk je la netizen dok nk shipkn bini org...bodo ek..

mamajawie Publish time 26-4-2024 11:06 AM

Aribaariba replied at 24-4-2024 08:01 AM
Utk syed saddiq, tu pure manners being a politician. Utk hal kawen, dah tentu bukan dgn marhaen. Pal ...

heeolllss kelas pun slalu tuang tapi tu la sama cam nasib bella lecturers maafkan je

winky1 Publish time 26-4-2024 11:43 AM

Ada netizen yg mental rupanya. Bukan ke SS tu ada kes mahkamah. Lainlah suka sama suka..

rbmy Publish time 26-4-2024 11:46 AM

fed up..
lu lum

matjerk Publish time 26-4-2024 11:50 AM

Bukan ke Bella tu isteri org?
Tak segan2 ye YB ni upload gambar berdua dgn bini org. Siap caption begitu.Ramai pulak tu dok ship2 dorang berdua.Tunggu lah dia official jadi janda dulu kok tak sabar.

April_21 Publish time 27-4-2024 09:37 AM

Aku tak rasa si ss ni nak orang biasa2. confirm dia sauk yg jenis educated jugak

kakasotong2 Publish time 27-4-2024 09:44 AM

Acik2 marhaen toksah la berangan nak kenen2 kan nabelah dengan si ular ni. Si ular ni dah ada gf, anak tycoon chinese, si abe lim tu haaa. Lagipun nabelah tu still berstatus bini orang, gila ke apa :lol:

Zeatyisaac Publish time 27-4-2024 12:49 PM

I suka Syed ni dengan Mek Yun. Nampak lebih dominan Mek Yun
Pages: [1] 2
View full version: “Mahu Tantrum Aliff Tengok..” – Syed Saddiq Selesa Dengan Anak Bella Astillah, Netizen Sokong Jika Bersama


ADVERTISEMENT