mattzzx Publish time 24-4-2024 11:01 AM

EPL: Wolves mungkin destinasi Ramsdale

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/AARON-RAMSDALE.jpg
RAMSDALE perlu meninggalkan Emirates sekiranya mahu menghidupkan semula kariernya ketika Wolves menyatakan minat. - AFP

LONDON – Penjaga gol Arsenal, Aaron Ramsdale sedang mempertimbangkan untuk berpindah ke Wolves selepas kelab itu berhasrat untuk menjual penjaga gol, Jose Sa yang menarik minat dari kelab Liga Pro Arab Saudi.

Sa, 31, mungkin akan berpindah ke timur tengah sebelum tamat musim ini dan Wolves sedang giat mencari pengganti bagi kekosongan penjaga gawang mereka.

Ramsdale yang merupakan penjaga gol No. 2 Arsenal ketika ini berada dalam senarai calon Wolves, tetapi mereka perlu mendapatkan dana besar hasil penjualan Sa untuk digunakan bagi ‘melamar’ penjaga gol Arsenal itu.

Dalam pada itu, Ramsdale mungkin bersedia untuk meninggalkan Arsenal selepas hanya beraksi dalam enam penampilan Liga Perdana Inggeris musim ini dan mungkin akan kekal di bangku simpanan sekiranya mahu kekal di Emirates.

Ini kerana pengurus, Mikel Arteta lebih cenderung menggunakan David Raya menyebabkan peluang Ramsdale untuk kembali sangat tipis dan perpindahan ke Wolves bakal menghidupkan semula kariernya.

Musim lalu, Ramsdale beraksi dalam 38 penampilan sebelum kehilangan tempat di hati Arsenal berikutan kehadiran Raya yang dipinjam dari Brentford musim panas lalu sekali gus menyebabkan dia kehilangan posisi penjaga gawang No. 1 Arsenal. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2024/04/24/epl-wolves-mungkin-destinasi-ramsdale/
Pages: [1]
View full version: EPL: Wolves mungkin destinasi Ramsdale


ADVERTISEMENT