sfhzuraz Publish time 24-4-2024 10:19 AM

Nahas helikopter TLDM: Kakak Faisol mohon jenazah adik dibawa pulang ke rumah sebentar

Nahas helikopter TLDM: Kakak Faisol mohon jenazah adik dibawa pulang ke rumah sebentar


Noorazura Abdul Rahman
am@hmetro.com.my


https://assets.hmetro.com.my/images/articles/hm2404yaninor_1713922025.jpg
NORYANI tidak dapat menahan kesedihan ketika menunjukkan gambar bersama Muhammad Faisol. FOTO Bernama



Sik: Jenazah Allahyarham Pegawai Waran II, Muhammad Faisol Tamadun, 36, dijangka dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Muhtahdin di Sik Dalam, hari ini.
Menurut kakak Allahyarham, Noryani Tamadun, 50, dia dimaklumkan jenazah akan dibawa ke Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Jalan Tambun, Ipoh, pagi ini untuk solat jenazah.
Katanya, selesai urusan itu, jenazah akan terus dibawa ke lokasi pengebumian pada 2 petang, namun keluarganya berharap arwah dapat dibawa pulang ke rumah sebentar.
"Saya mohon untuk dibawa ke rumah saya dulu kerana adik-beradik dan saudara-mara hendak lihat jenazah buat kali terakhir, kemudian baru dibawa ke tanah perkuburan.
"Sejak semalam, rumah saya tidak putus dikunjungi orang ramai dan sanak saudara dan pagi ini masih ramai orang, saya harap jenazah dapat dibawa ke rumah sekejap sebelum dikebumikan," katanya yang tinggal di Kampung Tanjung di sini.
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/HM240424fai_1713922030.jpg
MUHAMMAD Faisol Tamadun. FOTO Bernama

Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, isteri dan anak Allahyarham berada di Perak dan akan pulang ke Sik mengiringi jenazah, petang ini.
Katanya, salah seorang adiknya iaitu Maizatul Akmar, 38, yang bertugas sebagai polis di Pahang juga berada di Perak sejak semalam, bagi membantu menguruskan jenazah adik bongsu mereka.
"Pihak kariah masjid juga sudah menggali liang kubur petang semalam, dan semua persediaan sudah dibuat untuk proses pengebumian.
"Insya-Allah, lepas Asar, adik saya akan disemadikan, saya harap semuanya akan berjalan lancar, terima masih kepada semua pihak yang membantu," katanya.
Semalam, media melaporkan seramai 10 anggota tentera maut dalam nahas dua helikopter milik TLDM yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, pagi semalam.


Disiarkan pada: April 24, 2024 @ 9:27am
Nahas helikopter TLDM: Kakak Faisol mohon jenazah adik dibawa pulang ke rumah sebentar (hmetro.com.my)




paanley Publish time 24-4-2024 11:03 AM

Salam takziah buat keluarga dan al fatihah buat allahyarham.
Pages: [1]
View full version: Nahas helikopter TLDM: Kakak Faisol mohon jenazah adik dibawa pulang ke rumah sebentar


ADVERTISEMENT