mattzzx Publish time 24-4-2024 10:17 AM

Arsenal bergaya bedal Chelsea

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/arsenal2920_1713914249.jpg
KAI Havertz meraikan jaringannya yang juga gol ketiga Arsenal. FOTO REUTERS

London: Kai Havertz dan Ben White masing-masing menjaringkan dua gol ketika Arsenal membelasah Chelsea 5-0, awal pagi tadi untuk memimpin persaingan bagi perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan meningkatkan tekanan ke atas Liverpool serta Manchester City.

Leandro Trossard juga menemui sasaran untuk Arsenal ketika melakar rekod kemenangan besar ke atas Chelsea sekali gus menyaksikan The Gunners kini mendahului tiga mata berbanding Liverpool dan empat mata mengatasi Manchester City.

City bagaimanapun masih mampu menggenggam kejuaraan kerana juara bertahan itu mempunyai dua perlawanan dalam tangan.

Liverpool juga bermain kurang satu perlawanan berbanding Arsenal dan akan turun beraksi di Everton dalam perlawanan derby Merseyside awal pagi esok.


Bagaimanapun, kelebihan perbezaan gol dimiliki skuad bimbingan Mikel Arteta tampak sukar digugat sekiranya ia menjadi penentu dalam perebutan kejuaraan.

"Kami membuat penyokong kami berasa sangat bangga, ia adalah derby yang besar untuk kami dan saya tahu makna kemenangan ini.

"Kami memulakan permainan dengan baik tetapi tidak menyempurnakan semua peluang kami...kami sedikit cuai di beberapa posisi di atas padang.

"Di separuh kedua, kami lebih berdisiplin dan mencipta peluang serta tajam di depan gawang gol," kata Arteta.

Chelsea menerima tamparan sebelum sepak mula apabila tonggak berbisa mereka, Cole Palmer terpaksa diketepikan kerana sakit.

Palmer menjaringkan atau membantu hampir 50 peratus gol Chelsea dalam aksi Liga Perdana musim ini dan ketiadaannya amat dirasai oleh pasukan pelawat.
https://www.hmetro.com.my/arena/bola-sepak/2024/04/1083112/arsenal-bergaya-bedal-chelsea
Pages: [1]
View full version: Arsenal bergaya bedal Chelsea


ADVERTISEMENT