mattzzx Publish time 24-4-2024 10:16 AM

EPL: Peluang Manchester United pulih maruah

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/MANCHESTER-UNITED-5.jpg
UNITED perlu menggunakan kesempatan aksi menentang Sheffield untuk meraih keputusan yang lebih meyakinkan. - AFP

MANCHESTER – Persiapan Manchester United untuk bertemu Sheffield United pada aksi Liga Perdana Inggeris masih dihantui aksi memalukan ketika mereka meraih kemenangan nasib ke atas Coventry City untuk mara ke pentas final Piala FA.

Prestasi yang dipamerkan United pada aksi berkenaan, memuncakkan lagi keraguan terhadap kemampuan pengendalinya, Erik Ten Hag untuk kekal mengemudi pasukan tersebut musim depan.

Kritikan daripada pengulas bola sepak termasuk legenda kelab itu, Gary Neville dan Roy Keane serta kehadiran pemegang saham, Sir Jim Ratcliffe dan pemilik kelab, Avram Glazer pada aksi di Wembley menyukarkan Ten Hag mendapatkan alasan terbaik untuk terus kekal.

United ketika ini ketinggalan 16 mata di belakang Aston Villa yang berada di kedudukan keempat menyaksikan impian mereka ke Liga Juara-Juara semakin kelam, namun perlawanan menentang Sheffield perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk meraih kemenangan.

Ketua pasukan, Bruno Fernandes mengakui bahawa dia dan rakan sepasukannya memberikan 100 peratus fokus untuk perlawanan menentang Sheffield dan tidak terganggu dengan spekulasi membabitkan masa depan pengurus mereka itu.

“Ia tidak memberikan kesan kepada sesiapa pun kerana kami perlu fokus apa yang kami inginkan musim ini dan masih berpeluang untuk mendapatkan slot pentas Eropah (Liga Europa). Kami perlu mengakhiri musim ini dengan lebih kuat, itu paling utama.

“Kemudian kami akan ke final Piala FA. Jadi, tidak ada peluang untuk kami merasa bimbang mengenai perkara itu kerana kami terlalu sibuk dengan tugas sendiri. Kami ada pihak yang bertugas untuk memikirkan mengenai perkara itu,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04/24/epl-peluang-manchester-united-pulih-maruah/
Pages: [1]
View full version: EPL: Peluang Manchester United pulih maruah


ADVERTISEMENT