maklukpenggoda Publish time 24-4-2024 09:07 AM

Azizulhasni lakar sejarah Olimpik

JAGUH berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang berbangga apabila namanya sekali lagi terpahat untuk berjuang di Sukan Olimpik buat kali kelima berturut-turut sejak memulakan langkah ke pentas sukan berprestij dunia itu pada Olimpik Beijing 2008.
Bagi pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu, layak buat kali kelima adalah satu sejarah besar buat legasinya kerana menjadi atlet lelaki Malaysia pertama mencapai pencapaian tersebut.
“Alhamdulillah syukur, secara rasminya saya telah layak ke Sukan Olimpik Paris dan penampilan saya mewakili pasukan Malaysia di temasya sukan terbesar dunia ini adalah untuk kali yang kelima.
“Layak buat kali kelima ini adalah satu sejarah besar buat legasi saya kerana saya adalah atlet lelaki Malaysia pertama yang mencapai pencapaian tersebut.
“Sukan lumba basikal adalah antara sukan yang proses kelayakannya amat sukar dan rumit. Ditambah pula dengan pelbagai cabaran luaran yang terpaksa diharungi sepanjang proses tersebut.
“Setiap kitaran Sukan Olimpik itu mengambil masa selama empat tahun. Bermaksud, pembabitan saya di temasya Sukan Olimpik ini sahaja sudah mencapai tempoh 20 tahun,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, semalam.
Dalam pada itu, Azizul turut menjelaskan penampilannya di Paris adalah sesuatu yang istimewa kerana dia akan ke Paris pada usia 36 tahun sambil menyifatkan misinya ke temasya itu adalah memburu kejayaan.
https://www.kosmo.com.my/2024/04/24/azizulhasni-lakar-sejarah-olimpik/



hayrin86 Publish time 24-4-2024 09:44 AM

Tak sabar rasanya tunggu Olimpik Julai ini..

supernaturalee Publish time 24-4-2024 09:49 AM

xde hype sgt psl olimpik
bnyk psl palestin-israel-iran je lately


pape pun good luck lah utk semua atlet yg layak

btw ade ke sape2 yg pegi paris tgk olimpik nnt

supernaturalee Publish time 24-4-2024 09:59 AM

Edited by supernaturalee at 24-4-2024 10:01 AM

upacara menyalakan obor start esok


https://olympics.com/en/paris-20 ... s-paris-2024-athens

silap. dh seminggu berjalan rupanya


I.K.A888990 Publish time 24-4-2024 10:09 AM

sekejap je dah nak olimpik
kat X dgn TT tak de pape pn psl ni
semoga dia cemerlang dlm olimpik ni

SWORKS27 Publish time 24-4-2024 10:12 AM

ni pure Olympian Malaysia...memang layak diberikan ganjaran tertinggi buat beliau

syamzana Publish time 24-4-2024 10:31 AM

iols ingatkan next year olimpik tak sangka julai ni dah:funk:
semoga semua atlet yg ke olimpik berjaya merangkul kejayaan.

supernaturalee Publish time 24-4-2024 10:58 AM

syamzana replied at 24-4-2024 10:31 AM
iols ingatkan next year olimpik tak sangka julai ni dah
semoga semua atlet yg ke olimpik berja ...

klu ikut tempoh 4 tahun sekali tu mmg thn depan
sbb olympic tokyo 2020 buat tahun 2021 gara2 pandemic covid



hayrin86 Publish time 24-4-2024 04:41 PM

supernaturalee replied at 24-4-2024 09:49 AM
xde hype sgt psl olimpik
bnyk psl palestin-israel-iran je lately



Bola Liga Luar Malaysia macam EPL dan Liga Malaysia lagi kurang hype..

hayrin86 Publish time 24-4-2024 04:42 PM

supernaturalee replied at 24-4-2024 10:58 AM
klu ikut tempoh 4 tahun sekali tu mmg thn depan
sbb olympic tokyo 2020 buat tahun 2021 gara2 pande ...

Itu julung-julung kali ditangguhkan setahun..

hayrin86 Publish time 24-4-2024 04:47 PM

syamzana replied at 24-4-2024 10:31 AM
iols ingatkan next year olimpik tak sangka julai ni dah
semoga semua atlet yg ke olimpik berja ...

Bukan tahun depan ya.. Sebab Olimpik Musim Panas edisi lepas tempoh hari ditangguhkan setahun kerana Covid-19..

zehra2 Publish time 24-4-2024 04:51 PM

ada sorang lg atlit perempuan berbasikal pun dah layak ke olimpik kan
Pages: [1]
View full version: Azizulhasni lakar sejarah Olimpik


ADVERTISEMENT