YgBenar Publish time 24-4-2024 08:12 AM

Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja... pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?

Edited by YgBenar at 24-4-2024 08:25 AM

Baru-baru ini, pempengaruh Imran Bard tampil memuat naik sebuah video luahan hati apabila dia melihat adanya perbezaan layanan orang kita terhadap orang luar berbanding layanan mereka terhadap orang kita




Menerusi video berdurasi 2 minit 25 saat itu, Imran berpendapat bahawa cara orang kita melayan orang luar adalah sangat berbeza dengan negara lain, contohnya Korea.

Di Malaysia, orang luar sangat mudah untuk mendapat tawaran atau kerja dengan hanya membuat perkara yang simple, contohnya hanya cakap "apa khabar".


Tetapi, ia tidak berlaku di sana walaupun orang Malaysia viral dengan dialog mereka di seluruh media sosial.

Orang Korea cakap "apa khabar" je pun dah boleh dapat job dekat Malaysia, tapi dekat sana diaorang lebih suka naikkan orang mereka sendiri

Berbalik kepada konteks sebenar yang Imran maksudkan adalah, Malaysia sepatutnya mengikut contoh negara lain seperti Korea iaitu menaikkan orang kita sendiri dan bukan mengambil orang luar sebagai ambassador atau model di iklan, majalah dan sebagainya.

"Diaorang memang takkan pilih selain orang Korea sebab diaorang nak orang diaorang naik. Which is good. Patutnya kita kena buat macam tu juga. Kita always prioritise orang luar daripada orang kita. Ini kesilapan orang Malaysia. Apa yang orang Korea buat tu betul.

"Aku viral kat sana doesn't means aku kena ambil kau. Tapi kat Malaysia different. Kita terlalu hype sangat orang luar. Sebab tu sampai nak menjatuhkan orang kita sendiri tu unacceptable la," katanya.
7359923366054087943

Siput_Sawah Publish time 24-4-2024 08:32 AM

aku setuju 100%, model baju melayu guna model matsaleh taraf PPR aje pun umah Mesia terkesimah..apoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo???

JunkMail Publish time 24-4-2024 08:37 AM

Begitulah dik... Hidup di negara berpaksikan org luar ni kau terima je lah. Bahasa kebangsaan pun orang tempatan tak sudi nak guna. Apo kau harapkan lagi...

honam Publish time 24-4-2024 08:44 AM

aku pernah pi korea sebab keja, celakak betul, imigresen derang buat aku mcm bangla, siap tahan soal siasat bagai mcm aku ni terorist, memang gi mampus la puak puak sana dan tobat aku tak nak jejak kaki dan keluarkan satu sen pun duit aku dekat sana

dan plz la jgn anggap 100% sama bila tengok kdrama dgn realiti, mcm hampeh

B40tastePosh Publish time 24-4-2024 08:59 AM

Edited by B40tastePosh at 24-4-2024 09:01 AM

Siput_Sawah replied at 24-4-2024 08:32 AM
aku setuju 100%, model baju melayu guna model matsaleh taraf PPR aje pun umah Mesia terkesimah..apoo ...

Model Baju Melayu pakai model Pakistan, Arab dan Bangla....hanya kerana Bangla tu ada mix Pakistan.

Macam meols ni pakai Baju Melayu, post gambar kat forum dihine hine dgn acik forum. Hanya kerana meols just ada 1.9% Southern Italian blood.{:mlshy:}

damsel_fiji Publish time 24-4-2024 09:03 AM

senang cakap..org kita ni lapar pujian dan validation dari org lain..x gituu:lol:

Simunggu Publish time 24-4-2024 09:04 AM

memang betul...org kita ambil mat seleh kerja sbb pandai cakap org putih & penampilan....walaupun sijil tak ada...org kita belajar bersengkang mata, bergadai tanah dah dapat Degree, master, PHD tak ada org pandang sbb makan belacan & kulit tak putih...

supernaturalee Publish time 24-4-2024 09:29 AM

belum rezeki lagi la tu
atau impak yg dorg harapkan tu tak mencapai curtain standard yg dorg dh tetapkan

keep doing what you are doing best lah

or get a real job ker? :o


I.K.A888990 Publish time 24-4-2024 09:34 AM

betul tu bukan takat korea je ni retis dari singapura ada yg menjadi2 muka jadi hero drama...brand2 pun ada je amik dia...pelakon2 negara kita yg bagus berlakon pun kadang susah giler nak dpt hero

jazaa100 Publish time 24-4-2024 10:09 AM

I.K.A888990 replied at 24-4-2024 09:34 AM
betul tu bukan takat korea je ni retis dari singapura ada yg menjadi2 muka jadi hero drama...brand2...

Betul....

Alif Aziz, aaron aziz.....mcm le msia ni tak de pelakun yg hebat ...

I.K.A888990 Publish time 24-4-2024 10:09 AM

jazaa100 replied at 24-4-2024 10:09 AM
Betul....

Alif Aziz, aaron aziz.....mcm le msua ni tdk de pelakun yg hebat ...

hisham hamid pun kan......
laku keras dia tu

ifanonline Publish time 24-4-2024 10:11 AM

mentaliti bangsa melayu sudah di cabuli, di rogoli dan di jajah...semenjak zaman jajahan belanda, portugis dan british lagi...jepun pun kaki cabul jugak

mawarputih2612 Publish time 24-4-2024 10:17 AM

korea bab racist mmg no 1 ler, apa nak d heran.
ko wajib slim dan putih dulu
dorg ni tau halal ni ada market besar, so ada dh start jual makanan halal
tp aku yakin lagi halal kt china dr halal kt korea

ifanonline Publish time 24-4-2024 10:19 AM

tapi aku tengok imran ni pun, aku rasa perlu buat plastik surgery

johan-adx Publish time 24-4-2024 10:30 AM

negara ni hanya makmur utk warga asing..dpt sebat subsidi
bleh bt suka hati

epullipan Publish time 24-4-2024 10:58 AM

umat bani melayu kalau tengok mat saleh cakap melayu ke korea cakap melayu ke terus teruja panggil masuk tv bagai:lol:

aciksenah Publish time 24-4-2024 11:57 AM

honam replied at 24-4-2024 08:44 AM
aku pernah pi korea sebab keja, celakak betul, imigresen derang buat aku mcm bangla, siap tahan soal ...

Kebanyakan orang kat Malaysia pun layan orang bangla macam orang korea layan kita..;P

mayaHD Publish time 24-4-2024 12:03 PM

padan muka melayu, dari zaman atok nenet jenis suka bagi muka kat pendatang, kat india cina bila depa da dpt kerakyatan jd warganegara mengelupur negeri ni org nk amik dah. mmber walaun aku hari2 kutuk madani bawak masuk PATI, tup2 last week citeseludup masuk rohinya seko cas 15k dari siam. cite kg dia penuh kg rohingya siap ada sekolah lagi. tanya tanah sapa tanah walaun gak sewa kat depa.

Thunderclouds Publish time 24-4-2024 12:28 PM

Ada skali tu tetgk channel blimey.
Guest dia si mayam doyankimci.
Mayam cakap kalo nk hidop disembah atas bawah org sponser kna dtg dok mesia jd influensah.
Gituh la taksob nya mulayu mesia ngn konten puji pujian dr foreigners walau kt negara sendri level ahsoo² tepi kaki 5 or mat rempit xabeh sekolah je.
No wonder sini lubuk scammers.

Cekgushilla Publish time 24-4-2024 12:45 PM

Aku nk gelak je
Padan muka sapa yg pentaksub sgt kt mat saleh dgn korean tu
Kemain la si muna bella dj era tu ckp korea sampai sengau suara2 punya nk ikut accent korea
Interview pon ckp korea tp takdenya net sana terkesima
Pages: [1] 2 3 4
View full version: Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja... pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?


ADVERTISEMENT