FOTHER-MUCKER Publish time 24-4-2024 05:08 AM

Kematian 2 pemburu dipercayai berkaitan ‘rusa zombi’

Edited by FOTHER-MUCKER at 23-4-2024 01:10 PM

Kematian 2 pemburu dipercayai berkaitan ‘rusa zombi’


[*]Oleh KOSMO
[*]23 April 2024, 10:12 am

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2024/04/IMG_6920.jpgSaintis bimbang kematian dua pemburu berkaitan dengan penyakit CWD. - Getty Images


SAN ANTONIO, TEXAS – Saintis-saintis menyuarakan kebimbangan berhubung kematian dua pemburu di Amerika Syarikat (AS) yang dipercayai berkaitan dengan penyakit ‘rusa zombi’, lapor akhbar The Sun UK semalam.
Dua pemburu tersebut mati selepas makan daging rusa yang dipercayai dijangkiti Chronic Wasting Disease (CWD) atau lebih dikenali sebagai rusa zombi.
Mereka mengalami gejala neurologi yang serupa dilihat pada haiwan, menimbulkan kebimbangan CWD boleh berpindah daripada rusa kepada manusia.Penyakit itu menyerang otak dan sistem saraf yang menyebabkan air liur meleleh, lesu, tidak tentu arah dan kurus.
Pusat Sains Kesihatan Universiti Texas di San Antonio meneliti kematian dua pemburu berkenaan pada 2022. Penemuan mereka mendapati penyakit itu mungkin sudah merebak daripada haiwan ke manusia.
Salah seorang mangsa yang dibincangkan merupakan seorang lelaki berusia 72 tahun. Dia mengalami ‘kekeliruan dan sikap ganas yang berlaku dengan pantas’ serta sawan.
Pesakit itu meninggal dunia dalam masa sebulan walaupun telah dirawat.
“Sejarah pesakit termasuk kes serupa dalam kumpulan sosialnya, mencadangkan kemungkinan penularan CWD daripada haiwan ke manusia,” tulis saintis dalam laporan kes yang diterbitkan dalam jurnal Neurology.
Rakan pemburu itu juga meninggal dunia akibat penyakit sama, tetapi kajian baharu itu tidak berkongsi banyak butiran tentang keadaannya.
CWD membawa maut dan tiada rawatan atau vaksin yang diketahui setakat ini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/04/23/kematian-2-pemburu-dipercayai-berkaitan-rusa-zombi/



cmf_premierleag Publish time 24-4-2024 07:03 AM

Penyakit itu menyerang otak dan sistem saraf yang menyebabkan air liur meleleh, lesu, tidak tentu arah dan kurus

Acik2 gundu mesti suka penyakit ni..sbb bleh kurus;P

I.K.A888990 Publish time 24-4-2024 09:53 AM

aduh dah berzombi pulak

msdummy.2018 Publish time 24-4-2024 11:08 AM

Zombi is real...next, train to malaysia
Pages: [1]
View full version: Kematian 2 pemburu dipercayai berkaitan ‘rusa zombi’


ADVERTISEMENT